11.6.12

Mulut kata "aku akan pergi" tapi hati kata "jangan lagi"

Mulut kata tidak, tapi hati kata ya. Cakap je tak nak hubungi lagi, tapi jari-jari pantas menaip mesej sambil fikir dua tiga kali. SMS dibaca berulang-ulang. Bismillahirohmanirohim.

Message sent


Aku tak harapkan yang dia akan balas. Tapi dia balas, dengan nada yang marah sekali. Meminta aku jangan ganggu dia lagi. Aku memang dalam keadaan yang sangat mengelirukan. Aku tak senang duduk. Baru hari itu dia okey dengan aku, dan bagai angin yang meniup sayu, semuanya berubah dalam sekelip mata. Benar. Kun Fa Ya Kun. Allah Maha Berkuasa atas perasaan setiap seorang daripada kita. Dia boleh berikan kebahagiaan, tapi dalam sekelip mata sahaja dia boleh tarik perasaan tu daripada seseorang.

Dia cakap kalau aku hubungi dia lagi, dia akan block number aku. Aku minta nak call dia buat kali terakhir pun dia tak bagi. Memang betul dia dah meluat dengan aku. Dia sendiri cakap macam tu. Jadi aku taulah serendah mana harga diri aku di matanya sekarang.

Aku akan pergi. Sebab itu permintaan dia. Walaupun hati aku degil tak nak berganjak, tapi kaki aku terpaksa melangkah pergi untuk tidak mengeruhkan keadaan. Dia dah block aku kat facebook. Kalau diberi peluang, dia akan block number fon aku. Memang aku dah tak ada apa-apa makna lagi pada dirinya.

Di mana silap aku, sering aku putarkan dalam kepala aku, tapi aku tak temu jawapan yang pasti. Dan aku dah pun putuskan dengan mereka-mereka yang kini makin mendekati dia. Harapan aku, janganlah mereka terlalu menaruh hati padanya. Bukan sebab aku jealous, tapi sebab aku tak nak mereka buat kesilapan yang sama macam aku buat, "menaruh harapan dan memberikan sepenuh kasih aku pada seorang lelaki yang belum halal lagi bagi aku". Aku tak nak hati mereka hancur sepertimana yang aku rasakan sekarang. Allah je tahu :'(

Aku sayang mereka macam saudara sendiri. Tapi ada seorang yang memang agak kurang ajar ngan aku. Tak pela, yang penting aku dah berpesan. Dan tiba masa untuk aku undur diri daripada semua ni. Tinggal nak amik barang-barang aku kat rumah mak dia dan pulangkan semua barang dia. Ya Allah izinkan aku jumpa maknya buat kali terkahir. Aku dah anggap mak dia macam mak aku sendiri :'(

Sedihnya aku nak tinggalkan semua ni. Tapi itulah permintaan dia.

Lepas ni aku nak senaraikan nama-nama orang yang aku pernah lukai. Aku nak tulis surat mohon maaf. Harap-harap aku simpan lagi alamat-alamat mereka tu. Aku nak hantarkan cuti sem nanti.

Ya Allah, permudahkan semua urusan aku.