5.6.12

La Tahzan 6/6/2012

I just finished my first exam paper! haha. Baru satu paper dah gempur. Esok punyer paper tak baca lg. oop.
tak pe, insyaAllah, boleh je. Aku sonok giler....semua yang aku baca, masuk tadi. Alhamdulilah. Tak padan dengan semalam punye demam. Haha. Actually, aku demam pun sebab salah aku sendiri. Aku dari pagi semalam sampai ke malam menangih je kerjanya. Hm.. ada benda yang merunsingkan otak aku. Yes. Pasal love. Aku ingatkan aku kuat untuk hadapinya. Rewind. Tu la padahnya kalau asik simpan dan pura-pura semuanya oke, A very long consistent dangerous breakdown in one day. Yes. Aku memang macam ni perangai aku. So kalau ada yang nak kawin ngan aku kena banyak tanya aku, oke ke tak? Kena banyak perihatin ngn aku. Sebab aku suka tipu yang aku ok, padahal tak. Ramai kawan aku yang perihatin makin mejauh. Masing-masing ada life. Bila makin lama, makin kena hidup keseorangan, aku dah tak ada tempat nak meluahkan perasaan, yang sepatutnya diluahkan, bukan dipendamkan. Pendam lagi, kan dah mental breakdown.

Dulu ada la sorang mamat ni rajin baca blog aku, rajin uptodate ngan vlog-vlog aku, sebab dia perihatin dengan aku,  tapi aku bodoh pi tolak cinta dia. Ramai cinta orang sebenarnya aku tolak, sebab aku rasa macam tak serasi je. Sekarang amik kau, kena tolak cinta setelah 3 tahun kenal. Sakit? Sakit lagi kot orang yang dah kenal 5 tahun tapi  putus tengah jalan. :( Aku kira beruntung la jugak, baru 3 tahun, tapi sakit dia, mak aiiihhh Allah sahaja yang tahu. Aku tak pernah setia macam ni ngan sesiapa.  Serius :(

Entahla. Aku macam tak leh percaya je yang dia dah tak ada perasaan apa-apa ngan aku. Rasa macam baru semalam dia berbual oke je ngan aku. Tiba-tiba hari ini, aku seperti virus yang dia minta-minta untuk dijauhkan. Apa salah aku? Makin lama fikirkan, makin bertambah dosa aku, sampai satu tahap aku perlekehkan ketentuan Allah. Astaughfirulahalazim....

"Ya ALlah, kenapa tarik perasaan dia ngan tiba-tiba, sedangkan Kau biarkan aku masih sayangkan dia? Kenapa tak tarik dua-dua perasaan daripada kedua-dua hati kami? kenapa nak sakitkan hati aku Ya Allah, aku banyak mendekatkan diri padamu sekarang ya ALlah, inikah ganjaran yang aku dapat?"

Sehingga aku bakal untuk menarik kembali niat aku memakai niqab. Kerana pada jiwaku, sakit yang teramat sangat yang mempersoalkan amalku yang tidak sejajar dengan balasan pada waktu itu. Semalam memang aku tak boleh study. Apa yang aku baca tak masuk kepala. Badan aku panas akibat daripada menangis yang tak henti-henti.

Pagi tadi aku solat Subuh dalam tangisan. Aku tak ada sebab sebenarnya untuk marah pada Allah. Allah cuma nak yang terbaik buat aku. Mungkin dia tarik perasaan si dia sekarang supaya dapat mencampakkan rasa kasih yang sepatutnya pada diriku suatu masa kelak yang lebih tepat untuk aku. Mungkin Dia nak uji aku, adakah betul aku berpegang pada janji aku untuk mengabadikan sepenuhnya padaNya. Pagi tadi, aku buat keputusan untuk menarik tudung labuh daripada tudung ekspres. Aku telah buat keputusan. Dalam hati aku kata "Ya Allah, hari ni aku pilih untuk memilihmu dalam hidup aku. Aku terima dugaan yang Kau beri padaku, sekarang tolonglah selamatkan aku, tenangkan hati aku hari ini daripada kesedihan"

dan ternyata, aku boleh jawab soalan peperiksaan tadi ngan senangnya. Orang lain tak cukup masa nak jawab. Aku? ALhamdulilah, selesai keempat-empat soalan. Aku bersyukur. Allah masih menerima aku dalam dakapanNya.

Nak keluar tadi hantar kawan ke pekan, aku mengenakan niqab. Bagai automatiknya tangan aku menarik niqab tu daripada katil dan memakainya. Memang tenang sangat diriku hari ini. Biarlah jadi pengajaran padaku hari ini dan hari seterusnya. Allah tahu apa yang terbaik buat diriku. Aku kena yakin yang semua ini datang dengan hikmah. Aku kena sabar, dan insyaAllah...habuan mungkin tak datang padaku di dunia, tapi akan menunggu ku di Akhirat dan Jannah yang indah. Allahumma Ameen.