25.6.12

Andai Perpisahan ini untuk Sementara

Ingat tak hari tu aku cerita tentang barang-barang 'dia' yang aku nak bagi balik tu? Well, aku dah bagi balik dah kat mak dia. Huhu...Sedihnya berpisah dengan Marki (anak patung dia bagi kat aku). aku bagi balik sebab aku tak nak tengok lagi barang-barang dia nanti aku sedih. Sebab dia dah macam tak nak kat aku je. Masa bagi barang tu kat mak dia, boleh tahan macho lagi. Sekali sembang kat dapur berjurai pulak air mata ni. Hahaha... adui, malu jugak aku, tapi biarlah, perasaan perempuan biasalah, lembut. Hati bak sutera cina. Eh?

Mak dia cerita macam-macam tentang 'dia' membuatkan aku bertambah yakin yang kata hati aku bahawa 'dia' masih lagi menyayangi aku seperti dulu. Tu yang berjurai air mata tu. Terharu. Terima kasih sangat kat mak dia. Memang aku perlukan kata-kata reassuring seperti itu sebenarnya, sebab kebanyakan orang di sekeliling aku menidakkan perasaan dia terhadap aku. Padahalnya, aku memang yakin dia masih sayang aku. Jika tak, kenapa hati aku masih tenang fikirkannya meskipun dah banyak kali istikharah?

Malam tu dengan tiba-tibanya 'dia' call dan tanya aku, kenapa aku pulangkan semula barangnya. Aku tak angkat pun call. Yang sebenarnya aku takut. Takut dia akan marah aku. Banyak kali dia call sehingga handset aku yang memang dah nak habis bateri, kong begitu sahaja. 

Selang beberapa hari, pada hari Jumaat, baru aku dapat kekuatan untuk balas mesej dia. Tapi kecewanya bila dia tak balas. Mungkin, dia call hari tu sebab mak dia suruh kot. Tapi hari berikutnya aku cuba mesej dia lagi dan dia balas juga mesej aku yang tak seberapa tu. Mungkin sebab aku tak harapkan pun untuk dia balas. Aku mesej,

"Slm. Arini tak gi mana-mana ke?"

Dia balas. Syukur Ya Allah. Aku memang rindukan balasan dari dia. Tengok gambar dia tempoh hari pegang baby pun dah mengalir air mata. Nampak kematangannya dalam gambar tu, dan entah kenapa terbayang dia jadi bapa pada anak-anak aku kelak. Perasaan bercampur baur ketika itu.

Dia tanyakan aku lagi sekali kenapa aku pulangkan barang dia. Dia cakap, dia ikhlas bagi, kalau aku tak nak pun, sepatutnya aku bagilah pada sesiapa yang mahukan.

Entah kenapa, aku ambil kesempatan itu untuk bertanyakan dia sama ada dia masih sayang aku atau tidak. Sebab aku betul-betul perlu tahu supaya aku tak resah lagi. Agak lama sedikit baru dia balas.


:') air mata mengalir lagi. Aku tak harapkan apa-apa. Tapi cukuplah tahu bahawa masih ada peluang untuk aku dalam hatinya. Mungkin semua ni dia buat untuk kebaikan kita berdua. Aku redha Ya Allah, jika niat dia untuk menjaga kedua-dua hati kami. Jadi cukuplah sudah aku buat entri tentang dia buat masa sekarang ni. Aku dah bertekad untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan berjaya dapat kerja dulu. Ya, aku yakin dia juga begitu. Aku yakin dia sedang berusaha untuk perbaiki dirinya menjadi lebih baik, dan aku pun begitu juga.

Syukur Ya Allah, jika ditaqdirkan aku dengannya, kerana bukan mudah bagi orang yang dilamun cinta untuk berpisah keranaMu Ya Allah, hanya untuk mendapatkan redhaMu Ya Allah. Jika benar dia begitu, hatinya begitu berharga untuk dimilikki. Untunglah siapa menjadi jodohnya. Jika benar dia jodohku, izinkanlah kami persiapkan diri dahulu dengan iman, membasahi lidah kami dengan kalam wahyu dariMu, memperbaiki akhlak dan menimba ilmu agar kami dapat menjadi insan yang dapat mendirikan institusi kekeluargaan yang qana'ah.
Ameen Ya Rabbal alamin...