4.3.12

Life of a Secret Vlogger

Secret la sangat kan? Haha... Aku merupakan antara vlogger-vlogger yang tak ramai, jenis kategori pendiam. :P Believe it or not, aku memang dah lama bergiat dalam vlogging ni. Tapi sampai sekarang, aku masih seorang yang pendiam. Haha. Kalau nak vlogging dalam bilik pun, aku tunggu sampai aku betul-betul keseorangan baru aku vlogging. Sebabnya...it would seem just too weird to let your roomate look at you half way across the room, talking to yourself in front of the camera. Dahla aku ni perempuan. Tak ke pelik bila dalam bilik pun nak pakai tudung lawa nak bagai semata-mata nak cakap depan kamera?? Macam sewel kan. Aku nak la kekalkan kewarasan aku di depan manusia-manusia di sekeliling aku.

Walaupun ada la jugak kawan-kawan dan adik-adik aku sendiri yang dah masak dengan aktiviti vlogging aku, aku masih lagi prefer untuk vlogging sorang-sorang, sebab tiada gangguan daripada segi bunyi dan sebagainya yang menyukarkan aku masa edit nanti.

Pagi ni kelas batal plak. Ingat nak vlogging la jap...balik-balik usya rummate aku ada, tak jadi terus. haha...
Tunggu dia gi klas la baru aku vlog. :P

Adventure je bunyik. Macam kehidupan yang secret. macam secret agent plak. :P cool kan?