29.2.12

Ruang yang Kau Tinggalkan

Ini perkara yang benar-benar berlaku pada aku. Betul la kata orang, "Saat kau tinggalkan dia, orang lain akan ambil peluang untuk hampiri dan ambil hati dia". Dah dua kali perkara ni terjadi. Kuasa Allah mungkin? Kerana hanya Dia sahaja tahu apa yang berlaku di belakang kita.

Pernah sekali, dia cuba ngorat orang lain. Hari berikutnya, sewaktu aku keluar ngan adik aku, ada lelaki ni cuba minta nombor aku. Tapi sebagai seorang gadis yang setia, aku tak bagi dengan cara yang baik. Hanya selang beberapa hari, baru aku tau hakikat yang dia ngorat orang lain belakang aku. Sedih. Sebab aku rasa seperti dipermainkan perasaan aku. Tapi lama-kelamaan aku dapat terima hakikat bahawa lelaki sememangnya macam tu. Dia suka mengusik perempuan lain, tapi hati dia tetap pada aku.

Tapi baru-baru ni dia buat lagi dan seperti sebelumnya, dia cuba beralih arah, tak kontek aku, tapi boleh pula kontek orang lain. Aku fikir positif. Aku tak nak ganggu dia kerja. Sebab dia pernah tension dengan kerja sampai tak boleh SMS. Bermesej dengan orang tersayang, tak boleh hilangkan tension kerja? Sungguh aku rasa tak berguna apabila dia jadi begitu. Macam aku ni tak penting bagi dia.

Sehari selepas dia meninggalkan ruang dalam hidup aku, ada kawan lelaki mesej, kerana nak jumpa. Aku pasti kawan aku tu niat nak jumpa sebagai kawan sahaja. Tak ada libatkan soal cinta. Tapi mungkin ini petanda daripada Allah. Lepas ni kalau ada orang masuk line, aku tau dah, mesti sehari sebelum tu dia ada cuba kontek mana-mana gadis.

Serius aku sedih kali ni. :'( sebabnya....sebab yang sangat bodoh.
Sebab aku tak pandai masak.
Perempuan tu pandai masak.
Dan aku tau hanya satu cara sahaja yang boleh tambat hati lelaki. Dengan masakan.

Sedikit sebanyak, perempuan ni dah curi hati dia daripada aku :(
Dan kalau ditaqdirkan dia tinggalkan aku sebab perempuan tu, aku tewas.
Sebab memang patut pun dia tinggalkan aku untuk perempuan tu.
Aku memang tak layak pun jadi isteri orang lagi.
Jaga diri sendiri pun terkial-kial.
Mungkin sepanjang hidup aku patut keseorangan.
Kalau itulah jalan aku di dunia ini, aku tak kisah.
Asalkan aku tetap ada mama ngan abah ngan adik beradik aku.
:(

Biarlah cinta pergi sekalipun,
sebab kalau dia bukan milik aku,
sampai bila-bila pun dia takkan jadi milik aku.

Apapun, terima kasih sebab bahagiakan Amni kat dunia ni.
Allah je mampu membalasnya.

Ya Allah, 
Engkau berikanlah rezeki yang mencurah padanya. Janganlah Engkau biarkan dia terus di dalam kegelisahan hidup. Lindungilah dia daripada segala bencana, dan berikanlah dia kebahagiaan yang Hakiki. Dekatkan dia kepadaMu Ya Allah. Jauhkanlah dia daripada kezaliman dunia dan berkatkanlah hidupnya.
Amin Ya Rabbal Alamin.