23.11.11

Dimentia 1

Aku rasa aku ada dimentia ni. Semuanya bermula sejak aku usya cerita ni. Best taw cerita ni.
 A Moment to Remember. Kenapa entah aku boleh terbayang diri aku sebagai watak utama perempuan, dan hero aku bayangkan ialah dia. Sebab perwatakkan watak dengan yang realiti lebih kurang je. Aku sebenarnya tertarik dengan jalan cerita ni, kerana dia macam pelik sikit. Jadi aku pun google la pasal penyakit perempuan ni; Alzheimer. Banyak yang aku pelajari. Tapi tak sangka, hampir semua tanda-tanda simptom pada peringkat awal, aku dah ada. Iaitu peringkat awal yang dinamakan Dimentia.

Aku jadi takut pula. Macam mana kalau aku jadi antara orang yang terawal (muda) dapat penyakit ni?

Aku bukan nak minta, tapi kajian menunjukkan bahawa 2 dalam 100 adalah pesakit yang dalam 20-an. Pecah rekod la nanti. Sebab tu sekarang aku nak merakamkan perkara ni dalam blog aku. Aku tak nak vlog pasal ni sebab aku tak nak liputan khas tentang ni, biar orang-orang tertentu je yang tahu., dan khasnya diri aku sendiri. Aku nak merekodkan kejadian-kejadian yang jadi kat aku. Aku dah banyak lupa perkara kebalakangan ni. Mungkin dengan cara cuba mengingati balik apa yang terjadi dan merekodkan dapat memulihkan aku pada peringkat awal ni. Siapa tahu?

Nak lebih tahu mengenai penyakit ni dengan lebih mudah lagi? Tengok lah video ini.




Pada mulanya, penyakit ni akan menyerang bahagian otak yang bermulanya penghasilan memori baru. Lama kelamaan akan jadi sukar untuk hasilkan /terima sesuatu maklumat yang baru. Sebenarnya aku dah perasan lama perkara ni. Perkara ni aku rasa dari kecil aku dah ada. Aku macam lambat sikit nak tangkap (faham) apa orang kata. dan makin lama, makin melarat. Sekarang kalau orang baru cakap ngan aku lebih 5 minit, dah tak masuk otak aku dah.
Peringkat kedua pula ialah apabila penyakit ni menyerang kawasan otak yang memproses bahasa. Lama kelamaan sangat sukar untuk mencari perkataan untuk mengisi percakapan kita seharian. Aku mula ada perkara ni, sejak bila entah. Aku tak ingat. Aku rasa pada penghujung masa aku belajar di kolej dulu. Ke pada awal tu? Tak ingat pula. Kadang-kadang kawan-kawan aku akan tunggu aku untuk mencari perkataan yang sesuai. Dulu aku macam amik mudah je. Yela, macam lawak pun ada, tapi bila dikaitkan dengan perkara serius ni, aku jadi gelisah pula bila perkara tu berlaku lagi. Dulu aku cekap translate BM ke BI dan sebaliknya. Sekarang ni, sangat lambat untuk translate, dan kadang-kadang kawan-kawan aku lebih tahu dari aku perkataan bahasa inggeris. Bukan aku tak tahu, tapi seriusly, aku tak ingat. Baru-baru ni ada kawan minta interview bahasa inggeris dengan aku untuk assignment dia. Pada mulanya diorang cakap bahasa melayu, sembang-sembang, tapi bila tiba masa untuk interview dalam bahasa inggeris, aku gagap. Nak susun ayat sendiri dalam bahasa inggeris yang aku mahir dulu, dah macam budak sekolah rendah buat ayat. Budak sekolah rendah pun lagi advance kot.

Peringkat ketiga pula ialah penyakit ini akan menyerang bahagian otak yang menyelesaikan masalah. Perkara yang memerlukan logik. Sejak bila entah aku pun dah mula ada masalah dalam menyelesaikan masalah. Matematik aku pun dah low beyond low. Haha. Hari tu masa jaga arwah atok aku, pakik aku terangkan tentang cara mudah perkiraan matematik untuk budak sekolah rendah pada adik-adik aku. Pakcik aku lukis penyelesaiannya kat dinding, dengan tangan. Tapi aku lambat sangat nak tangkap. Memang aku tak tangkap langsung. Aku tak faham langsung. :( Padahal matematik untuk sekolah rendah. Kalau kat kedai makan pula, nak bayar duit kat kaunter yang memerlukan baki diberi semula, aku akan kira pakai sepuluh jari aku. Alhamdulilah ada sepuluh jari. Tapi tu la. Malu gak. Orang lain pakai otak, aku pakai jari nak kira math senang macam milo air ngan nasi goreng. :(

Peringkat keempat pula ialah penyerangan terhadap kawalan emosi seseorang. Perkara ni pun dah berbolak balik dalam hidup aku. Aku tak pernah rasa sesensitif ini sejak aku kecil. Dulu aku seorang yang sensitif. Tapi sejak tingkatan 3 aku jadi kuat semula. Susah nak tengok aku nangis dan cepat mengalah. Tapi aku dapat rasakan sejak habis kolej, masuk unimas, keluar unimas, masuk tempat lain pula, aku rasa mood aku dah tak stabil. Aku sekarang cepat rasa terkilan, cepat mengeluarkan air mata sama macam dulu masa aku kecik-kecik dulu, dan sensitif ni tak ada kaitan dengan sensitif wanita. Perempuan memang sensitif, tapi ni sensitif yang melampau. Kadang-kadang perkara yang aku tak rasa macam nak nangis, tapi tau-tau je nangis. Aku sering menangis dgn perhubungan aku dan dia. bukan salah dia, tapi aku sendiri tak dapat kawal emosi dalam apa jua situasi. kadang-kadang perkara kecil, dia tak marah pun, tapi aku ingat dia marah. Kejap rasa cam nak nangis, kejap rasa nak marah.

Peringkat kelima pula ialah apabila penyakit ni membuatkan orang untuk berimaginasikan sesuatu yang bukan ada di situ. Hari tu aku tetibe bad mood je, sebab hanya dengan melihat papan yang tulis (kereta anda telah dikunci sila minta kunci di pejabat). Masa tu aku lambat nak pergi kelas. Dengan fikiran aku yang ingat kereta telah dikunci, jadi aku pergi pejabat asrama. Diorang kata diorang tak kunci, diorang kata kalau kereta parking dekat luar kawasan asrama, tu hak pakgad pengawal berbaju biru. AKu pun pergilah ke pejabat mereka sebelah sana. Diorang kata diorang tak kunci, diorang suruh pergi pondok pengawal sebelah sana, aku pergi. Diorang kata diorang tak kunci, pakcik tu suruh tanya sorang lagi pakcik baju biru yang naik motor (aku mmg tak suka pakcik tu, dia pernah buat aku marah). Aku pun pergila. Pastu kelihatan dia check tayar kereta semua kereta yang berderet parking situ.


Dia datang kat aku ngn motor dia, dengan senyuman sinis dia cakap, "mana ada kunci"
Aku dengan yakin aku dok fikir pakcik ni tipu aku. AKu cakap "buka jela kunci, lambat nak pergi kelas dah ni"
Tapi pakcik tu nafikan jugak sambil sengih-sengih. Kawan aku masa tu datang dengan muka cuak. Dia tanya aku kenapa. Masa tu tetibe je berjurai air mata aku. Aku rasa aku tak dapat kawal emosi aku masa tu. Mungkin aku tersedar yang kereta aku tak berkunci apabila ada satu kereta yang keluar dari deretan kereta tu dengan senangnya. Memang dari mula kereta aku tak berkunci. Aku tak nak cakap benda ni, tapi aku rasa aku dah 'gila' masa tu. Perkataan 'gila' tidak lagi melucukan bagi aku sejak hari itu. Dan sejak hari itu aku tak lagi bersua ngan pakcik tu.
Tapi aku rasa itu baru first halusinasi aku. Ada satu lagi kejadian, tapi aku dah lupa la.


Peringkat keenam pula ialah apabila memori lama yang tersimpan jauh di lubuk hati (sebenarnya di lubuk otak) terpadam, dan tidak lagi akan ingat. Masa ni, orang yang ada penyakit ni tidak lagi akan kenal kawan-kawan, sedara mara terdekatnya...

Akhirnya dia akan lupa siapa diri dia dan akan memusnahkan bahagian otak yang mengatur pernafasan seseorang.

Semua peringkat ni mengambil masa 9-10 tahun. Agaknya dah berapa tahun aku mula ada simptom ni?
Aku pun tak pasti. Buat masa sekarang, aku boleh buat macam orang lain buat, buat biasa sahaja. "Alahh...biasalah tu lupa, makan banyak semut"

Tapi aku rasa keadaan aku masih stabil lagi. sebab Dalam sehari aku tak kerap sangat lupa.
Cuma ada je yang aku lupa dalam sehari.
Agaknya kena tulis nota tampal dinding kot, macam dalam cerita tu , baru akan ingat.

Tapi kalau nama orang? Sekarang aku ada masalah untuk mengingati nama orang. Tambah lagi semester ni aku tak sama kelas dengan kawan-kawan aku masa semester 1 dulu. Satu lagi simptom ialah seseorang yang hilang daya untuk memilih pakaian untuk dipakai. Malu sebenarnya nak cerita, tapi untuk merekodkan perkara ni, dan harap dapat dielakkan pada masa hadapan. Aku sering memakai baju yang sama je. Mula-mula aku tak prasankan pun perkara ni, sehinggalah kawan aku cakap, "tu bukan baju semalam dan kelmarin ke?"

Jadi mungkin aku kne label baju aku lepas ni, untuk isnin sehingga ahad. *sigh.