15.12.10

Majok ngan Wardina! T.T

Ayie : Facebook pencetus pergaduhan!
Ayie baik : ya. Tetapi hanya untuk orang yang tidak menggunakannya dengan betul.
Ayie : Perghhh~

Pernahkah korang teramat terasa dengan seseorang yang korang tak kenal hanya kerana dia tak approve friend request korang? Aku pernah. Orangnya adalah Wardina Saffiyah. Ini bukan gurauan tapi kebenaran. Masa tu aku nampak la profile tulen dia. Dia memang tak ada fanpage masa tu. Jadi page dia tu macam fanpage la kan. So aku pun add friend ngan dia. Tapi tunggu beberapa minggu baru tau dia ignore aku. 

Macam mana aku tau? Bila orang ignore kita, "friend request" kita tu masih pending, tapi kita dapat terima news feed dia. Buat sakit hati je. Dapat news feed, tapi tak boleh komen T.T Nak kata friends list dah penuh, tak ada pula dia hantar amaran "This user has exceeded their limit in accepting friend requests". Nak kata profile aku fake, ada je gambar aku senyum pakai tudung elok.

Masa tu Facebook tak boleh cansel friend request yang kita dah buat. Jadi apa yang aku buat untuk hilangkan sedih hati adalah dengan block dia, kemudian baru unblock dan dia akan automatik kuar balik butang "add  as friend". Bila fikir balik. ISH! Ko ni Ayie. Apasal ko nak terasa ngan Wardina plak doh. Dia bukannya kenal ang. So, suka hati dia la kan nak approve ko atau tak. Tu hak dia.

Ha'ah ye. Betul gak. Cis kek betul la.

Start daripada hari tu, aku tak pernah cuba untuk add account mana-mana selebriti atau orang terkenal. (Kalau akak Wardina terbaca entry ni, saya dah tak kisah. Just nak cerita pengalaman. :D)

Sebab semua ni la aku takut kalau satu hari aku femes dan kebetulan satu hari aku ignore peminat aku dan dia terasa ngan aku, dan unlike aku. Hoho...Mana la tau kan, kalau aku femes satu hari nanti. Tak pasal-pasal tidak disukai kerana tak dapat berkawan ngan pujaan hati. (nak termuntah ngan ayat sendiri)

p.s. Apa la. Dia pun makhluk Allah juga. Semuanya sama di sisi Allah.