20.12.10

Maafkan aku Fahimah

Fahimah. Maafkan salah silap aku selama ni? Aku tau, aku bukan seorang kawan yang baik. Nak buat macam mana. Dulu aku bukan macam diri aku sekarang ni. Dulu aku tak pandai berkawan. Dulu aku ni pendiam sangat. So content with myself. Orang sekeliling kata aku ni seolah dalam dunia aku sendiri. Orang tak tegur aku pun, aku boleh terhibur sendiri hanya dengan melihat gelagat orang sekeliling dan dengar bualan orang lain. Serius, aku tak tahu macam mana kita boleh mula berkawan. "Ayie, ko bila nak ada balak ni? Pandai, comel...tapi tak ada boifren. Aku tak caya lah. Tambah lagi orang di sekeliling ko nanti!" Ima, itulah pertama kali orang pernah panggil aku comel. Aku malu-malu je masa tu. Ima...aku nak kau tau, masa tu aku terasa macam kau je kawan baik aku di sekolah. 

Kau ingat tak masa kita selalu beratur kat tempat perhimpunan? Kadang-kadang kau mai lambat dan kau saje je tepuk belakang aku bagi aku terkejut. Kita selalu curi-curi sembang masa cikgu tengah berucap kat depan. Tiba-tiba terasa macam diri dah ottai je. Kalau tak, aku rasa macam takut je nak buat salah. Yela, masa tu aku macam budak innocent je kan.

Dah form 5 pun aku masih tak berboifren macam budak-budak lain. Kau kecian kat aku. Tau-tau saje, kau kenenkan aku dengan teman masa kecil kau. Zulkifli. Aku panggil dia Ezul. Sebab kau Ima, sebab kaulah aku dapat rasa apa itu yang dinamakan cinta. Ezul memang caring orangnya. Dia pandai jaga hati aku. Dia memang ambil berat sal aku. Berapa kali kau datang kat tapak perhimpunan sambil memegang surat bersampul biru. Tiap kali aku nampak kau ngan sampul surat biru, hati aku pasti terlompat gembira. Surat dari Ezul. Kita selalu berbicara tentang dia dan aku. Pada mulanya, aku gembira, sebab kau selalu tersenyum manis bila topik sal Ezul dibicarakan dan gelak tawa kita selalu beriringan bila menceritakan tentang kelucuan Ezul dalam kisah percintaan aku. Tapi Ima...tak lama lepas tu, baru aku sedar. Aku telah buat satu kesilapan yang besar dalam hidup aku.

Selama perkenalan aku ngan Ezul, aku ada tanyakan juga macam mana korang boleh kenal. Ternyata, Fahimah, Ezul dah lama sukakan kau. Daripada pertama kali dia nampak kau di sudut hujung kelas darjah satu. Lepas aku sedar perkara ni, aku bertanyakan kat kau juga tentang perasaan kau terhadap dia. Meskipun kau selalu nafikan, tapi hati aku tetap tak percaya. Semuanya gara-gara teringat akan perbualan kita sebelum aku mula mengenai Ezul.

"Ayie, nak tak aku kenalkan kau kat kawan aku?"
"Haha...tak nak la. Aku bukannya kenal dia pun."
"Sebab tak kenal la, aku nak kenalkan. Bolehlah. Dia handsome tau!"

Mungkin semua tu kau sahaja ucapkan agar aku terdorong untuk berkenalan ngan dia, tapi aku takkan dapat lupakan muka kau, dan mata kau yang bersinar bila kau tatap wajahnya. Ya, baru sekali aku dapat jumpa dia. Tu pun sebab setuju bermalam kat rumah kau. Tapi sekali tu, aku dah boleh rasa, yang korang memang ditaqdirkan bersama. Ima, jodoh tu sebenarnya lebih dekat dari yang kau sangkakan. 

Tak lama lepas tu aku clash ngan dia. Aku tau, mungkin alasan aku tak munasabah. Aku cakap aku suka kat rakan satu sekolah kita dulu. Tapi kalau itu dapat meyakinkan Ezul, tak apalah. Asalkan ada ruang untuk korang menyedari apa yang korang tak sedari masa tu. Pada mulanya Ezul memang tak dapat terima. Lepas kejadian tu aku dengar cerita dia kapel ngan beberapa orang lain yang silih berganti. Kenapa orangnya bukan kau? Adakah aku buat silap lagi? Sejauh mana aku terasa sakit bila putus ngan Ezul, lagi sakit bila aku tengok dia tak bahagia. Dan aku? Sebab penipuan aku tu, akhirnya aku mula suka juga pada rakan sekolah kita tu. Tapi dia anggap aku macam kawan sahaja.

Aku tak pernah nak berbalik pada Ezul, sebab aku tak nak sakiti hati dia. Berapa kali juga aku cuba, tapi akhirnya, aku tewas ngan keputusan aku sendiri. Dah berapa tahun berlalu, dan aku dapat tau yang korang sekarang kapel, atau sudah bertunang? Aku tak tau, sebab kau tak pernah nak bercerita. Tapi aku tengok gambar-gambar masa dia convo, dan kau ada bersamanya, membuatkan aku rasa terharu. Sungguh, aku gembira untuk korang. Akhirnya, korang jumpa apa yang aku dapat rasakan beberapa tahun dahulu.

Tapi Ima, kenapa? Kenapa bila aku ajukan soalan tentang korang, kau selalu mengelak? Kenapa baru-baru ni aku tag yang aku rindu korang kat FB. Tapi kau tak balas, dan 'dia' telah pun remove tag tu? Aku terasa diri aku terasing. Terasa 'dia' masih tak dapat terima apa yang aku buat kat dia dulu. Aku tau, dia tak nak aku jadi penghalang antara kau dan dia. Tapi Ima, aku cuma nak jadi kawan korang je. Salah ke? :'(

Walaupun kedengaran agak keanak-anakan, tapi aku remove korang dari friends di FB. Aku tak nak jadi isu yang timbul antara korang lagi. Dan mungkin juga, dengan cara ni, aku tak perlu rasakan diri terasing daripada korang. Yang penting, aku tau korang bahagia bersama.

Sekarang ni aku dah jumpa orang yang betul-betul menyayangi aku seadanya, dan aku pun sayangkan dia. Dah setahun lebih aku kenal dia. Macam-macam rintangan yang kami lalui. Aku yakin, dialah yang ditaqdirkan untukku. Jadi, korang tak perlu risaukan aku. :)

Aku sedar, aku tak ada hak nak imbas balik kenangan yang lampau ini. Tapi ini sahaja kenangan tentang korang yang aku ada (T.T). Memori yang takkan dapat aku lupakan. Andai korang dah nak kawin nanti, aku harap korang janganlah jemput aku. Dari jauh, aku doakan kebahagiaan korang ya. Maafkan kekhilafan aku.

Kadang-kadang kita terpaksa melepaskan orang yang kita sayang agar dia tak terus disakiti.