31.12.10

Kenapa saya kurus dan susah nak gemuk-gemuk?

1. Baka. Tokwan kecik, mak kecik, abah kecik, nenek kecik...kecik kecik comel gitu.
2. Metabolisma tinggi. Makan banyak-banyak pun tak gemuk-gemuk. Sains mengatakan bahawa orang yang tinggi metabolisma, lagi banyak yang dimakannya, lagi banyak kalori yang dibakarnya, maka terhasilah figura yang kerempeng macam tulang rangka.
3. Tak makan pagi. Makan dua kali sehari. Tengah hari dan malam sahaja. Antara waktu-waktu itu makan benda-benda merepek je. Contoh, aiskrim, coklat, cereal dan roti.
4. Kalau dahaga, air sejuk dalam peti ais jadi pilihan.
5. Apabila makan, susah nak habiskan air secawan. Mesti minum sikit-sikit atau berkongsi dengan orang, sebab mesti minum seteguk dua je.
6. Kalau tak lalu nak makan nasi, makan roti atau cereal je.
7. Tiap-tiap hari timbang badan dengan harapan berat makin naik.
8. Mesti makan sebelum kenyang.
9. Kalau malas masak, tahan perut sampai jadi rajin semula atau sehingga ada orang belikan makanan.
10. Suka tengok cerita korea yang sedih-sedih dan berjiwa.
11. Suka pikir masalah orang lain sampai diri sendiri rasa kenyang sudah.
12. Tak suka makan ikan.