25.10.10

Dugaan Hanya untuk Orang yang Mampu

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak cakap tentang dugaan. Dugaan ini datang dalam macam-macam bentuk. Bentuk bala, bentuk sakit, bentuk kerugian, bentuk kekecewaan dan macam-macam lagi. Dari kecil lagi aku selalu terkena ngan dugaan 'sakit'. Kadang-kadang pernah terfikir untuk akhirkan sahaja riwayat hidup aku ni. Tak perlu lagi untuk tanggung derita. Tapi ustazah pernah cakap, "Allah turunkan sakit, sebab Dia sayang kita. Dia nak hapuskan dosa-dosa kecil kita". 

Makin dewasa, aku sedar bahawa ada orang yang lebih sakit daripada aku. Yang bertarung nyawa untuk teruskan hidup. Meskipun mereka diberitahu dokter bahawa mereka tinggal berapa bulan lagi untuk hidup, tetapi mereka tidak pernah terfikir untuk tamatkan hidup mereka begitu sahaja. Kalau boleh, mereka nak hidup selama-lamanya. Kalau mereka boleh teruskan hidup, kenapa aku tidak boleh?

Kenapa bila baby jatuh semasa bertatih boleh tetap bangunkan diri dan cuba untuk berjalan, tetapi orang dewasa terkena dugaan selalu rasa kesempitan dan kesusahan dan putus harapan?

Hari ni xleh tido. Tadi bukan main ngantuk lagi...tapi tiba-tiba je jadi tak leh tidur.

putus asa
putus harapan
putus tali
putus kepala

Semua ini menanggalkan sebahagian daripada jasadnya. Mana mungkin jiwa/roh terpisah, meskipun jasad bercerai berai meninggalkan induk.

Mungkin kita didatangi dengan dugaan, percayalah bahawa Allah turunkan dugaan itu kerana dia tahu kita mampu untuk menanggungnya.... Dia takkan turunkan dugaan kalau kita tak mampu nak hadapinya. Kalau kita buntu, carilah Dia. Hanya Dia sahaja yang dapat tolong kita.

Dugaan kekecewaan aku malam ni. :'( 
Mungkin ada hikmahnya. Tapi hati aku hancur. Mata aku bengkak. 
Rancangan nak gubal skrip baru dan rakam video tergendala. 
Esok mungkin aku tak berganjak dari katil. Otak tidak dapat berjalan. Macam beku, tak ada perasaan. Ya Allah, berikan aku kekuatan.