1.9.10

Macam tak caya je Beg-beg ni beratnya lebih kurang je dengan berat aku


Ya Allah....bersepahnya bilik aku ni. Hahah..tak bleh buat menantu langsung ni. Weh, jangan nak komen bukan-bukan pasal baju aku aku yang berlonggok merata ey. Komen gak, nanti aku kerat-kerat jari korang. Hehehe....~ Kain batik kat latar belakang tu bukan aku punyer. Tu rumate aku punyer. Nak komen pasal tu tak pe. Aku tak bawa pun kain batik ke sini. Aku jarang pakai kain batik. Bf aku kata aku nampak seksi pakai kain batik. Hingga ke hari ini, aku tak pernah pakai kain batik. Sekian.

Ha...sebelum ni aku tempah tiket 20KG luggage. Ingatkan aku nak pergi balik kan. Pada mulanya, memang tak nak balik raya. Sebab pikir, isk, mahal nak balik kan. Tak naklah susahkan parents aku semua. Tetiba terasa macam, Aku kena balik jugak ni! Tak taulah kenapa...Tup tup...hati aku rasa tak sedap dan akhirnya, aku ambil keputusan untuk berhenti belajar daripada institusi sini. (".-) So Banyak la barang aku kena bawa balik ni. Bukan banyak dah, memang SEMUA barang aku ni kena bawa balik.

20 KG??? giler tak cukup. So abah aku tambahkan 30KG. Giler kot. Angkat2 satu beg yang macam 10kg pun macam nak tercabut tangan aku. Tak sangka Semua barang yang berjumlah 30KG ni hampir sama ngan berat badan aku. Hebat. Hebat lah bf aku kalau boleh angkat semua ni. Boleh dia angkat aku plak merata nanti. Hahaha....

Aku terkejut gila kawan sekolah aku dulu Sarah Waheeda kena eksiden ari Isnin lepas. Kereta terbalik. Dia koma sekarang. Ya Allah, harap-harap Sarah selamat dan sembuh daripada koma soon. Baru hari tu nampak dia upload gambar-gambar photoshoot aritu. Hm... :'(

P.S. Siapa nak beli tiket balik Kuching gitau aku!!

Iklan
Siapa nak beli tiket Air Asia drp LCCT, KL ke Kuching Airport. 17 Sept 2010 pukul 1.50PM; Luggage 20KG. Harga RM200 sahaja, sila tinggalkan saya mesej. Terima kasih.