10.7.10

Sintok Sinun U

Kalau tak silap aku, ertinya "Sini Sana U". Kalau salah, betulkan aku :D Dah seminggu aku dok sini. Minggu orientasi memang memenatkan, disamping mengalami kecederaan ringan pada kaki kerana memakai kasut tertutup kebanyakan masa sepanjang orientasi. Haa...aku nak cerita la serba sedikit apa yang berlaku SEBELUM dan SELEPAS aku mai Sarawak.

1 July tu famili aku dah mai LCCT untuk naik penerbangan di Kuching pada 7.30malam. Oh, sebelum bergerak dari rumah lagi aku sempat dowh amik gambar aku. Hehe...fotogedik.

Sambung cerita, sesampai di airport, kami sekeluarga makan la kat MCD. Kereta yang kami bawa tu, dibawa balik oleh makcik aku. Masa ngah tunggu abah aku order makan, aku tetiba teringat kat "si dia". Nak mesej dia untuk gitau dia yang aku dah sampai airport. Sedang aku raba-raba poket beg aku, aku jadi gelisah dan panik. SIOT! handpon tertinggal dalam kereta! Terus aku call makcik, minta patah balik. Sayang wooo... hampir nangis aku. Tanpa henpon, camne aku nak kontek orang semenanjung. Ceh, bajet cam aku gi UK je.

Lepas dapat henpon, kami bergerak ke tempat hantar beg-beg berat. 


Agak konfius gak tentang counter mana nak pergi, sebabnya orang yang bertugas kata lain, dan papan kenyataan (yang blink2 bergerak tu) kata lain. Last2 apa yang orang bertugas tu bagitaulah yang betulnya. Pengajaran, percayalah kat orang yang bertugas. LOL. Lepas hantar beg, kami pergi tempat menunggu kapal terbang. Tapi penerbangan delay, sebab hujan lebat dan kilat sabung menyabung. Sempat gak amik gambar.
 
Pukul 10 macam tu baru boleh naik kapal terbang. Kami sampai di Kuching kul 12.30 tgh malam. Sampai Kuching sewa kereta, nak cari hotel yang dah booking, punyerlah lama. Sesat selama beberapa jam. Kul 2 lebih macam tu baru jumpa. 2 July tu dapat la aku luah masa ngan famli. Beli apa yang patot. 3 July pula aku daftar masuk kolej. Minggu orientasi........haha... Minggu yang memenatkan!

Aku teringat yang fasci buat macam treasure hunt. Kena cari bilik-bilik tertentu dalam bangunan faculty.  *FACULTY - bangunan/area sesuatu bidang dala universiti. Tujuannya pastilah untuk mengenal tempat2 di faculty. Kami kena tangkap gambar ahli kumpulan bersama papan tanda bilik yang kena cari tu. Memperkenalkan ahli2 kumpulan aku.... Haaa..tataplah muke diorang puas2... (mampos kalau diorang tau ni)


Pada malam tu, ada tayangan untuk mahasiswa/mahasiswi berkenaan Gejala Sosial pada masa kini. Aku ngantuk sebentar, jadi apa lagi.... snap!


Kemudian, kami ada juga diperkenalkan dengan Library di U yang lebih dikenali sebagai CAIS (Centre of Academic Information System). Masa tu lah, baru aku nampak keseluruhan intake July bagi batch aku. RAMAI giler. Tak percaya? Haaa tengok gambar bawah ni. Gambar bawah ni pun menunjukkan sebahagian sahaja daripada mereka.


Dua hari lepas pula adalah Hari Pendaftaran PALAPES. Nama panjang dia aku tak ingat. Tapi sal tentera-tentera askar wataniah. Kalau nak masuk, tak perlu nak amik aktiviti Senggangan (KOKO kat universiti). Tapi aku tak berapa nak berminat ngan program tu. Lagipun aku tak cukup syarat kot nak masuk sana. Hahaha. Haa..ni gambar-gambar pameran PALAPES.


Pameran ni diadakan di CAIS juga.


Semalam ada Malam Kampus Budaya. 


Hari ni aku gi outing. Banyak barang yang tak cukup lagi....


haa...ni la member baru aku... obses ngan pink. Sepanjang berjalan kat Desa Ilmu ni, nampak je barang pink kat kedai, dia teruja nak beli. :P First time jumpa orang macam gitu. Aku pun jadi jakun jugak. HAHAHA. Member, jangan marah ye... :D

p.s. Esok ke CAIS plak. Nak study untuk test math Isnin ni.