3.6.10

Kini Banyak Perubahan, kerana dia bisa berubah

Sejak hari tu, aku lihat dia banyak berusaha untuk berubah. Mungkinkah dia rasa bersalah, atau mungkinkah kerana perasaan cintanya terhadap aku makin menebal? Memikirkan kembali, aku tak layak untuk rasa sebegini iri hatinya terhadap perempuan tu. Siapalah aku di hatinya kalau bukan sekadar kawan biasa. Arh! Mesej mereka tetap aku ingati sampai bila-bila. Meskipun dia telahpun meminta maaf padaku.

Gadis : sy mintak maaf kalau kacau awak selama ni.
Dia : takpe, ayie tu kawan je. saya sayang dia mcm saya sayang awak...

Hatiku masih dibelenggu mesej mereka. Kenapa? Aku tak ada hak nak rasakan begini bukan? Dia minta maaf. Untuk apa? Jelas dia masih perlukan aku dalam hidupnya, dan jelas juga yang aku perlukan dia dalam hidup aku. Tanpanya, hidupku bagaikan menaiki roller coster tanpa tali pinggang keledar. Tunggu masa saja untuk jatuh.

Kenapalah aku ni suka sangat kobek facebook dia?? Ish, potong tangan kau Ayie, jahat!

Sejak dua hari lepas dia tertidur lagi. Dah jadi kebiasaaan untuk aku kalau mesej dengannya pada waktu malam, dia akan tertidur kerana terlampau penat. Tapi sejak dua hari lepas, dia tertidur...tapi yang paling memeranjatkan, dia akan terjaga pukul 12 dan tetap mesej aku untuk mengatakan bahawa dia tertidur, dan ajak aku tidur juga. Dia sangat sensitif sekarang. Bukan sensitif dalam kata lain, emosional. Tapi dia sensitif bab menjaga perasaan aku. 

Awak, saya hargai sangat awak...

Mungkin awak pernah buat salah dalam tempoh kita berkawan ni. Tapi saya tetap maafkan awak, dan saya tak nak perhubungan kita berakhir begitu sahaja. Terima kasih kerana masih mempertahankan perhubungan kita. 

"Awak tahu tak saya sayangkan awak lebih dari semua tau. Saya ngan dia tu tak ada apa-apa, taw tak. Just kawan je. Kawan amik berat tau tak. Kalau saya tak sayang awak, tak ada saya jumpa mama ngan abah awak. Tak ada saya amik berat kat awak, tau tak. Kalau awak tak suka kat saya, tak apalah. Apa-apapun saya minta maaf sebab saya tak bagitau pasal dia. Awak first dan last cinta saya. Lepas tu saya tak nak bercinta dah. Jaga diri baik-baik. Saya doakan awak bahagia lepas ni. Salam."

Awak...saya cuma bahagia bila adanya awak di sisi saya. Tolong jangan tinggalkan saya. Kita mulakan dari mula?

dan ya.

Dia telah bersungguh dengan kata-katanya dan berubah. Perasaanku kini, hanya Allah sahaja yang tahu. Syukur alhamdulilah kerana menyelamatkan perhubungan kami, Ya Allah.