29.3.10

Orang Ketiga

Celik mata celik mata dah hampir 6 bulan aku mengenalinya. Pelbagai onak dan duri kami tempuhi bersama. Kena talak dua kali kot kalau kami dah berkahwin ni. Aku tak sanggup dah kalau berlaku lagi kali ketiga. Aku dah takde tempat lain nak mengadu. Parents? Malu barangkali nak sembang ngan mereka hal ini. Kengkawan? Semua dah balik U. Lagipun aku malu ngan mereka. Malu menceritakan hal rumahtangga. Kat blog je aku rasa selamat dan lega untuk lepaskan perasaan yang terbuku dalam hati. Blog lagi satu? Bahaya! Nanti dia baca.

Dah berapa minggu dia telah berikan email dan password facebook pada aku untuk jaga farmville dia. Dia kesian kot tengok aku asik online je, bosan tak buat apa. Mungkin juga untuk menunjukkan yang dia percayai aku. Baiklah. Tapi minggu yang lepas juga aku tersentap ngan mesej daripada seorang girl ni. Bila aku tanya, dia kata kawan lama dia. Sebab girl tu lah kami pernah berselisih faham. Salah aku sebab jeles sangat.

Mungkin sebab tu tadi bila aku buka inbox dia, dia dah padam semua mesej yang lepas. Tapi ada mesej baru dari girl tu. Mereka masih berhubung. (Ya Allah... pe kejadah aku nak jeles ni...) Kenapa aku ada perasaan setan ni... barangkali setan ngah menjadi batu api. Tapi satu perkara yang masih berlegar dalam fikiran aku ialah mesej mereka exchange nombor yang diminta oleh dirinya sendiri.

Aku asik terbayang mereka mesej masa dia tidak mesej aku. Sebab dua hari selang seli aku rasakan kesepian. Kami gaduh lagi. Tapi bukan sebab perselisihan. Ada kaitan ngan famili skit. Ya Allah, aku sayangkan dia. Kenapa aku ditemukan ngan dia kalau hanya untuk menyakiti hati aku. Tapi mesti ada hikmahnya. Apa hikmahnya?

aku : sy nk tnye awak, betulkah awk masih nak teruskan hubungan ngn sy?
dia : tah le.

Ya Tuhan...tabahkan hatiku. Aku tak sekuat orang lain...