"kita tak ada jodoh kot"
Tak tau macam mana aku boleh cakap macam tu kat dia. Mungkin aku dah shutdown sejak hari tu yang kami tidak sependapat dalam satu isu agama.
Dua-dua ego. Tapi akhirnya dia melepaskan ego dia, dan minta maaf pada aku. Dia tak nak gaduh ngan aku. Tapi boleh pula aku cakap macam tu kat dia. Hmm... Aku memang cari nahas.
Tau-tau sahaja kami seperti orang luar. Masing-masing tidak ambil peduli tentang diri masing-masing.
Satu hari terbuka wechat.
Status dia tulis :
skrg aku dh bebas...bebas utk mengorat gadis2..bebas utk kemana saja kaki ini mau pergi.terima kasih kerana telah membebaskan aku..
Entah kenapa dari mana datang air mata ni. Kenapa aku nak sedih plak? Ini yang aku minta kn?
Tak...mana ada aku minta putus. Aku cuma kecewa je ngan apa yang aku rasa.
Dah seharian sejak dia tulis status tu. Macam-macam yang aku fikir.
Dia dah jumpa pengganti ke?
Dia tak datang pujuk aku pun. Mesti dia happy kan dengan hidup dia sekarang?
Kalau dia happy... tak ada sebab untuk aku tarik balik kata-kata aku. Apa gunanya untuk minta maaf, jika akhirnya aku akan dipalit kebenaran yang dia tidak perlukan aku lagi?
Hmmm.. secara jujurnya...
Aku buat apapun tak menjadi. Nak buat kerja, nk pergi mana-mana, nak makan, nak tidur... asik nampak dia je. Asyik fikirkan dia je. Kalau aku tak fikirkan dia pun, hati aku gelisah. Macam kucing, kehilangan anak. Tercari-cari, terpanggil-panggil. Sayu :(
Untuk kebaikan dia, aku rasa aku tak mampu untuk patah balik ke belakang.
Semuanya dah terlambat.
Aku tetap nak dia happy, walaupun hati aku tidak lagi bergerak seiringan dengan irama hatinya :(
Maafkan aku hati.
Kita terpaksa menahan buat seketika ini...
Semuanya akan pulih... aku janji.. Bagi aku masa untuk pulih..