28.8.13

Al fatihah.

Hari ni hari jadi atok Jo. Aku baru tau tadi, selepas selesai pengebumian atok. Begitu pantas masa berlalu. Tak sangka aku. Baru rasa macam semalam bagi makan bubur kat atok. Baru rasa macam semalam atok main-main loceng kat bilik.

Tapi memang dapat rasa yang atok akan pergi tak lama lagi. Kaki atok sejuk berapa minggu. Lepas tu mulut atok pula takleh terbuka. Bila nak suap makan pun, mulut atok tak nak buka. Tapi bukan atas kehendak atok. Masa tu atok boleh cakap lagi untuk minta air. Tak lama lepas tu, bila arwah atok nak makan, arwah dah tak mampu sedut straw. Paru-paru dah lemah. Seperti arwah tahu nasibnya itu, arwah akan hulur tangan untuk picit air kotak tu kasi keluar air, padahal masa tu tangan pun tak larat dah. 

Lepas tu, tiba masa atok dah tak boleh mengiring. Atok hanya mampu terbaring. Dah tak boleh berpusing ke kiri atau kanan. Masa tu kalau nak bagi atok minum kena pakai picagari. Atok dah mula nampak lifeless tapi dadanya masih berombak, masih bernafas. Masa ni atok ada masalah kahak sama. Takleh nak keluarkan, berapa hari juga macam tu. hanya mampu tengok. Cian atok. 

Masa tu perhati kaki atok pun dah mula membengkok lurus. Hidung atok pun kelihatan jatuh. Tapi dalam hati menafikan yang masa atok dah dekat. Tiap-tiap hari dengan harapan atok masih ada, atok akan sihat. 
Malam 27 ogos 2013, aku edit gambar kahwin kakyong dan upload ke facebook. Kemudian tertidur.

Tiba-tiba terjaga dengan ketukan yang amat dasyat di pintu bilik oleh mama. Masa tu dok fikir, dah subuh ke? Tengah mamai masa tu. Yang tau, kelam kabut bangun. Check jam masa tu pukul 5.14pagi. Subuh tak masuk lagi. Sayup-sayup dengar mama suruh pergi tengok atok. Pergi bilik atok. Ramai dok tengok atok. Tengok atok. Atok kaku. 

" no . It couldn't be "

Cepat-cepat kejut aiman. Tapi atok dah takde masa tu. CikComel iaitu makcik, anak bongsu atok cakap badan atok panas lagi. Maksudnya atok baru 'pergi'. Yang sempat berjumpa atok pun sorang makcik. Yang lain semua baru dikejutkan sejurus selepas itu. Tapi semua tak sempat jumpa atok.

Pagi tu terus calling2 famli minta segera datang. Pagi tu panggil orang masjid bantu famli dalam urusan memandikan jenazah arwah, dan mengkafankan.



Selepas dikafankan, arwah di bawa ke masjid Seri Manjung. Selepas solat Zohor berjemaah, arwah disolatkan oleh sanak saudara semua dan orang yang berjemaah tadi. Alhamdulillah...




Selepas selesai solatkan jenazah arwah, kami bergerak ke perkuburan di mana atok dikebumikan.


Atok... Ramai orang nangis arini. Mungkin sebab ramai yang hampir tak sempat tatap wajah arwah sebelum dikebumikan. Amni sebak, mata berair juga. Tapi amni tak nak nangis. Satu, sebab amni berpeluang jaga atok jika nak dibandingkan dengan orang lain dan yang keduanya, Sebab perpisahan kita hari ini hanyalah sementara. Satu hari nanti kita akan berjumpa lagi. Kat 'sana', insyaAllah... Semoga Allah perkenankan.

Al-fatihah kepada arwah atok Johari.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.