3.10.13

Yang Indah itu yang Tersembunyi

Lagi berapa hari lagi hari ulangtahun perkenalan kami. Maka cukuplah 4 tahun mengenalinya. Haritu aku mesej dia di Facebook. Beri salam kat dia (to be exact). Tapi dia tak balas. Sedih gak rasa bila ternampak Facebook tulis "seen", maksudnya dia dah bukak mesej aku, tapi tak balas pun.

Aku tanya dia malam tu guna wechat, kenapa dia tak balas? Dia cakap, dia balas dalam hati.

Hmmm..sebenarnya aku dah fikir bukan-bukan sebelum tanya tu. Fikir dia ada awek lain. Pastu awek dia yang bukak mesej tu, pastu awek dia marah dia. Hmm.. Sampai macam tu sekali aku berangan.

Sebenarnya dia dah banyak berubah. Banyak menyendiri. Banyak belajar ilmu agama. Banyak berdiam. Jika perlu je dia akan cakap. Hubungan kita dah hambar kerana tiada lagi kata-kata manis daripada dia. Tapi aku yakin, ini semua untuk kebaikan aku. Dia sedang berusaha menjadi lebih baik, dan aku hormati keputusannya. Patutnya aku bersyukur...aku tidak seperti orang lain yang diajak untuk berbuat perkara yang sia-sia seperti berdating lamanya...

Hari tu dia ajak jumpa jap. On the way nak balik daripada Shah Alam ke Manjung, leh singgah jumpa aku. Aku cakaplah, kejap sangat nak jumpa, tak puas... Dia cakap, "Nak buat apa lama-lama. Maksiat." Haha.. :) Bagus betul bila dia ingatkan kita tentang Allah... Kalau ada jodoh ngan dia, aku harap Allah dapat permudahkan urusan kami menjadi suami isteri yang sah. Lagi lama tak ikat, lagi banyak dugaan aku rasa. :(

InsyaAllah... doakan kami. Kalau ada jodoh, kami pasti akan terikat akhirnya...