15.11.12

Tak Setanding Dia

Mula-mula, aku nak minta maaf kat korang, sebab blog aku ni macam dah tak ada manfaat plak. Dan dijadikan lebih kepada personal blog, di mana aku luahkan semua isi hati aku. Jadi aku faham kalau korang nak unfollow aku. Sebab aku pun dah tak letak Comments.

Sebenarnya, tadi aku dah tutup laptop dah. Cuba untuk tidur. Tapi tak boleh :(

Tiba-tiba aku teringat kat girl tu. Aku rasa, dah tak ada apa yang aku perlu ingat tentang dia. Hal ngan dia dah selesai kan? Dia dah tak kacau hidup aku kan? Ikram dah tak kontek dia lagi kan? Ikram memang tak ada hati ngan dia kan? Tapi kenapa aku rasa macam hidup aku ni kacau? Aku asik nampak dia je berlegar dalam kotak fikiran aku, Kenapa? Padahal aku tak pernah jumpa dia depan-depan. Aku rasa kalau aku jumpa depan-depan mau tarik-tarik rambut ngan dia. Tapi dia tak salah apa-apapun kan? Aku cuma geram la sebab dia bencikan aku tanpa sebab. Apa yang aku pernah buat kat dia? Hishhh... kenapa tah aku ngah fikirkan sal dia lagi, dah tak ada apa nak fikirkan sal dia kan?

Tiba-tiba satu suara jahat timbul dari mana ntah. Dia cakap,
"Kalau Ikram pilih dia sebab dia lagi lawa, memang kau kalah la. Tak ada apa yang kau harus pertahankan lagi. Kau tak ada chance la Amni. Dia lagi lawa, dah ada pengalaman bekerja pula tu, pandai pula tu, keyakinan diri tinggi plak tu, kalau tak, mana mungkin dia dapat pangkah kau senang-senang. Kau tu lembut sangat, biar dia pijak-pijak kau. Kau tak layak la untuk Ikram tu. Apa yang kau ada? Kau belajar kat universiti, tapi otak kau... LOW. General knowledge kau pun fail. Takyah lawan la ngan dia. Dia semua ada. Petik jari je, laki mai. Kau? Puih!"

Lepas dengar semua tu, aku nangis. Betul-betul sedih. Semua dia cakap betul. Aku memang tak ada  peluang nak takluki hati Ikram. Aku tak ada apa-apa. Ikram suka kat aku?

"Jangan mimpi la. Dia pandang kau sebelah mata je. Dia kawan ngan kau pun sebab dia kesian kat kau je. Bukannya sebab sayang."

Mana suara jahat ni datang?? :'( pergi! pergiii!!!!!

Aku istighfar banyak-banyak. Aku ingat Allah, baru suara tu semua hilang.
Dan aku rasa keadaan senyap je. Roomate aku tak balik lagi. Aku rasa macam sunyi pula. Rasa sunyi sangat. Bukan sunyi tak ada kawan. Tapi hati aku sunyi. Aku nak gak orang yang sayangkan aku. Yang memahami aku...yang rindukan aku sebagaimana aku rindukan dia. Seseorang yang aku amat perlukan time time macam ni. Memang, orang kata berkasihlah pada Allah. Bukan aku tak kasihkan Allah. Malah Dia sentiasa ada di sisi aku. Dan Dia lebih tahu apa yang ada dalam hati aku, kalau tidak, Dia takkan ciptakan Hawa untuk Adam. Dia tahu yang Adam terlalu rindukan seorang teman untuk berada di sisinya. Walaupun Adam tidak tahu "apa itu teman" dan kewujudan hawa suatu misteri buatnya. Begitu juga dengan aku.

Aku rindukan seseorang. Aku tak pasti siapa. Tapi aku selalu nampak muka dia. Muka dia yang apabila dipandang, akan memberikan aku ketenangan yang tak terhingga. Walau dalam keadaan tak mandi pagi, atau dalam keadaan berpeluh-peluh ketiak busuk lepas balik daripada kerja, atau dalam keadaan gerun sekalipun, hati ini tetap rasa tenang dan ingin sentiasa di sisi dia.

"Kau tak payahle tunggu buah epal tumbuh pada pokok mempelam. Takkan terjadi."

Sekali lagi suara tu mematahkan semangat aku.
Abis? kau nak aku buat apa? Pergi??

"tepat sekali".