11.11.12

Rasa macam tak layak je

Huhu. Tajuk kemain. Entah apa la yang Ayie nak merepek hari ni ye.
Tadi baru lepas jumpa bakal kakak ipar Ikram. Ye. Abang dia yang sebaya dengan aku dah bertunang dah. Huhu... Jadi jumpa la ngan Reen. Comel je. Sampaikan mak aku ingatkan kawan pada Intan, adik bongsu Ikram. Seharian keluar dengan Reen dan Intan.




Rasa selesa gila ngan mereka. Sekepala je. Tapi lepas dah lama-lama tu, jauh di sudut hati aku, terasa sayu. Aku terasa macam jauh beza dengan Reen. Bila dengar Reen berbual dengan Intan, memanggil nama famili blah Intan, dan aku tak berapa nak kenal. Bila Reen panggil Pakwan 'abah' dan Mak Leha 'mama'. Haha... terasa jauh berbeza dengan aku. Yela, wadpe aku nak sibuk, dia dah bertunang, sedangkan aku dengan Ikram pun belum pasti statusnya. Haha.

Masa hantarkan Intan dan Reen ke rumah Pakwan, aku dengar Pakwan tegur, "Haa... seronok maknya, dua-dua menantu mai umah..." Dalam hati aku masa tu, rasa sayu je. Menantu? Layak ke aku bergelar menantu pada keluarga ni? Bila fikir-fikir balik, apa yang aku telah beri pada famili ni sepanjang aku kenal famili ni? Tak ada apa-apa. Sebaliknya merekalah yang banyak menghulurkan macam-macam kat aku. Aku rasa rendah hati sangat. Aku rasa segan pun ada ngan Reen. Siapa aku sebenarnya dalam famili ni? Siapa?

Tadi rasa lega sikit dapat luah kat Reen tentang rasa di hatiku. Tersepit antara dua keluarga. Famili aku, dan famili Ikram. Dua-dua sayangkan aku, nak aku duduk rumah. Masalahnya, mama macam tak suka je aku asik pergi rumah Pakwan, yela...macam aku ni lebih-lebih je. Yela. Aku ngan Ikram pun kawan je. Kan? Tapi aku plak yang mengalahkan bakal menantu mereka. Aku terasa sangat, walaupun mama tak cakap apa-apa, tapi aku rasa macam aku ni nyusahkan semua orang.

Pastu kerja aku banyak nak kena siapkan. Tapi mama suruh aku stay lama sikit kat rumah. Hari Isnin dah kena hantar semua asaimen. Aku tak start apa lagi. Semua report aku kena buat, sebab ahli group aku yang lain semua buat slide, tak ajak aku, pastu tinggalkan report kat aku untuk buat. Mungkin diorang pandang slack kat aku sebab tak ikut diorang pergi sekolah. Sekolah kat Terengganu. Jauh tu. Aku dah kata dah, aku ada masalah kewangan. Takkan diorang takleh nak faham. Satu hari nanti, aku harap Allah turunkan bala kat diorang. Baru diorang rasa macam mana tak ada duit. Dok sisihkan aku. Bukan aku tak nak buat kerja, tapi keadaan aku ni yang mengehadkan aku buat kerja. Bukan alasan. "mintalah kat ibubapa ko dulu..."

Ingat mak bapak aku ni bank ke? Bila-bila leh minta duit dan konfirm dapat? Tu yang sedih tu, orang takkan faham selagi mereka tak hadapi macam kita.

Apapun mungkin ni semua dugaan untuk aku.

Time time macam ni la Ikram hilangkan diri. Mungkin sebab penat sangat kerja. huhu.. Entah siapalah aku di hatinya. Bila famili dia tanya sal dia je, serius, aku dah hampa nak jawab. Aku sendiri tak pasti dengan status kami.

Kebelakangan ni rasa tersisih plak. Kawan-kawan bertunang bukan nak gitau aku. Kalau tak nak jemput pun, gitau la nak bertunang. Kata kawan rapat sejak zaman sekolah... Dah dua orang dah buat aku macam ni. Makin lama, aku rasa macam diri makin tak penting. Macam tak ada fungsi aku kat sini. Kalau dibiarkan lama-lama mungkin aku akan menghilang dari pandangan orang, dan orang pun takkan sedar akan kewujudan aku. Aku bertunang, aku berkahwin, aku ada anak, anak aku dah berkahwin, anak aku dah ada anak nanti aku tak nak gitau korang. Aci?

dah. mls nk fikir sal korang dh. (apasal emo plak ni? PMS kot)