14.11.12

Kerja Manyak :(

Asaimen bertimbun-timbun. Haha. Zohor tadi selamat sampai di kolej. Pastu aku letih sangat drive, rehat, tidoq terus. Then bangun sambung buat asaimen. Huhuhu... Sekarang dah pukul 12:34 Hari Khamis! Huhuhu... Lagi 4 hari nak hantar asaimen :( Mesti kena siap sebelum Ahad. Sebab Ahad nak print semua. Huhu tekanan tul. Dateline semua hari isnin plak. Memang best. Haha. Padan muka Ayie, Siapa suruh terkinja-kinja. Sem depan jangan macam ni eyh. Hahaha...

Tu la, sem ni agak kelam kabut dan tak keruan sikit. Aku macam blur-blur je. Kawan-kawan pun makin menghilang. Haha...Semua buat hal sendiri. Macam-macam drama di sekeliling aku, tapi aku jenis tak amik port pun. Aku tak kacau orang, orang pun tak kacau aku. Tapi kadang-kadang sunyi juga tak ada kawan ajak makan, tak ada kawan ajak lepak KL. Yang aku hanya mampu usya kat Facebook jela, bila diorang post gambar-gambar fun fun diorang. Hahaha... Tak apalah, maybe aku kena bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian. Hmm...

Memang time ni tension gila. Tapi tension-tension aku pun ada masa untuk SMS Ikram. Haha...
Aku ucap salam maal hijrah je. Hehe. Sebab aku tau dia penat kerja, mesti tak balas mesej aku, so aku sekadar nak hantar mesej tanda aku ingat kat dia. LOL Aku nak dia sentiasa semangat kerja tiap-tiap hari. Dia pernah cakap kat aku, impian dia, dia nak bukak bengkel sendiri depan umah. Pastu aku jadi kerani dia. Sebab nanti kalau dia amik kerani lain nanti aku akan jeles. Huh! Cakaplah nak selalu dekat ngan aku. Apalah =.="

Tapi tu angan-angan dulu. Haha. Sekarang tak taulah kalau impian dia dah berubah sejak dia bekerja ni. Tapi penukaran kerja dia kat Proton tu nampak sangat dia rindu nak baiki kereta. Mungkin masih tersimpan lagi angan-angan tu. :)

Aku doa dia akan berjaya. Kalau panjang umur aku, aku nak sentiasa di sisi dia, beri galakkan. Aku nak dia sentiasa happy dengan life dia. Bila dia happy, aku pun tumpang happy gak :)

Sekarang ni aku letak DP facebook muka dia. Yang ni...!


Gambar 17 April 2011. Hehe. Dia ske benor tutup mata kalau amik gambar. Serius! Ce tengok gambar-gambar ni....HAHAHA


Kelakar kan??!! hahaha... mcm emoticon ni --> XD

Tapi serius, lepas tengok muka dia, hilang tension semua. :)
Rasa macam tenang balik je. Macam tak ada masalah. Hehe. Ada satu ketenangan pada diri dia, yang aku sendiri tak tau daripada mana datangnya. Haha. Tapi bila dia ada, aku rasa semangat sangat! :) Tak taulah apa dia anggap aku sekarang. Tapi bagi aku, dialah sahabat aku, dialah kekasih, dan dialah impian aku. :')

k, nites. Esok sambung buat asaimen. XD