2.10.12

Rindu


Kadang kala kita gaduh dan kita rasa seperti tak ada harapan untuk berbaik semula.
Tapi sebenarnya masing-masing menunggu sebelah pihak untuk memujuk, mencari mereka semula.
Malangnya dua-dua ego.
Tapi kekadang kita biarkan perkara tu semua berlalu, kerana kita tau masing-masing tak dapat hidup tanpa satu sama lain, dan kita yakin kita saling sayang, walaupun berat dugaan yang mendatang.
Memang sukar, apabila kita dengan tidak sengaja kecewakan satu sama lain, kita rasa macam nak lari.
Masing-masing tak nak jadi orang jahat dalam perhubungan ini.
Namun yang tersirat tetap tersirat.
Biarkan sahaja masa merawat luka ini. Semoga kita ketemu kebahagiaan yang abadi pada akhirnya.
Ameen...

P.S. Amni tak perlu mengaku apa-apa lagi. Allah sahaja yang tahu apa yang ada dalam hati Amni. Jika diizinkan, Amni terima jodoh Amni dengan tangan yang terbuka, walau sesiapapun dia. Tapi Ya Allah, jika benar bukan 'dia' jodohku, tolonglah jangan pertemukan Amni lagi dengan dia, agar Amni tidak lagi berada dalam kekecewaan. Amni sayang 'dia' Ya Allah. Lindungilah dia, jagalah dia untuk Amni Ya Allah.
:'(
Dan jika dia jumpa jodohnya suatu hari, dan jodohnya bukan Amni, tolonglah hijabkan penglihatan Amni dari melihat mereka bersama Ya Allah. Biarkan Amni sesat dalam dunia Amni, Biarkan Amni tidak dapat melihat semua tu. Cukuplah tahu bahawa dia bahagia, tak perlu bagi Amni lihat semua tu.
Kerana Amni pasti tidak dapat menanggung sedih mendengar berita itu, apatah lagi melihatnya dengan mata Amni sendiri. Jauhkan Amni dari kekecewaan Ya Allah.

Tapi jika benar dia jodohku Ya Allah, 
suburkanlah cinta kami,
bahagiakanlah rumahtangga kami,
cerdikkanlah dan lindungilah anak-anak kami,
dan bimbinglah kami ke jalan yang Engkau redhai Ya Allah.