22.10.12

hairan

Aku hairan. Kenapa manusia ni suka menyatakan sesuatu yang berbeda dengan apa yang ada dalam hati mereka. Untuk apa? Tak bolehkah jujur? Kalau kita sayang seseorang, kenapa nak malu? Jerit pada dunia.

"I LOVE YOU SAYANG!!!!"

ha...macam tu. Tak apa. Biar semua orang nampak. Baru orang akan respek kat kau. sebab kau tak malu nak tunjuk perasaan kau. Ada setengah orang tak suka. Biar dia dan pasangan dia je yang tahu perasaan masing-masing, dan aku bertambah hairan, apabila dia sayang kekasih dia, tapi dia pura-pura tak sayang. Nak sangat ke kena tinggal?

"biarlah...kalau ada jodoh, ada la tu...malas fikir..."

Kalau macam tu gayanya, memang fail la. Sampai bila-bila takkan ketemu jodoh. Sebab apa? sebab kau sendiri tak nak. Jodoh dah tetapkan, cuma kita yang kena cari, kita yang kena usaha tackle dia, kita yang kena usaha masuk meminang, usaha tambat hati orang tuanya. Baru jodoh itu akan ada. Kalau tak, umpama Allah letakkan kau dan gadis tu di suatu pulau. Gadis tu kat puncak gunung, kau kat tanah rendah. Kalau kau tak daki, kau takkan jumpa gadis tu. Padahal kau tau dia ada kat atas sana. Tapi kau nak tunggu dia turun? Boleh je, dia akan turun, jumpa kau. Tapi selagi kau tak jumpa mak ayah dia, nyatakan hasrat nak ambil dia sebagai isteri, sampai bila-bila jodoh korang akan tergantung macam tu. Sebab tu ada orang sampai ke tua pun tak kawin2. Jodoh dia sesat, tumpas di pertengahan jalan. Haha. Tapi mereka untunglah, ada jodoh lebih baik di syurga.

Apa yang aku nak cakap di sini, kesimpulannya...
Kalau kita betul-betul nak sesuatu, jangan putus asa. Perjuangkan ia, kerana mungkin esok lusa, kita tak ada peluang lagi untuk mendapatkannya. Hargailah apa yang kita ada, dan jangan pernah lepaskan ia jika kita belum bersedia untuk lepaskan.

Kehilangan. Suatu perasaan yang perit. Jangan lepaskan sesuatu yang berharga bagi diri kita. Kerana yang berharga itu tak mungkin berganti.