5.9.12

Why did they have to invent the telephone??

Kenapalah ada orang yang cipta telefon bimbit? Aku rasa macam dunia ini akan lebih aman tanpa telefon. Dalam konteks aku, cinta jarak jauh ni, amatlah pedih... dan telefon bimbit ni hanyalah menjadikan ia lebih parah. Mana taknya, tiap masa nak usya kalau ada orang mesej. Tu tak apa lagi. Cuba kalau kita dah mesej dia, haaa... nak tunggu dia balas tak balas-balas tu yang seksa tu. -.- Macam tak ada fungsi plak handset tu.

The inticipation is even more worse than waiting for a letter reply. You wanna know why?
Korang pernah tak bersurat zaman korang muda-muda dulu?


Bukan e-mail tapi mail PAR AVION. haha... Rindu plak terima sampul surat berbelang macam ni.


Tau tak, dunia ni lebih aman kalau orang bercinta kekal bersurat daripada berSMS, berEMAIL, Berfesbuk bagai? Sebabnya kalau dah bersurat, konfem la kita akan pikiaq, "Ala...bersurat, entah bila la akan sampai.. seminggu dua kot." Jadi boleh lah aku buat kerja lain, sambil menunggu, sebab aku pasti surat tu lambat laun akan sampai juga. Memang tak sabar, tapi lebih sabar daripada menunggu SMS, yang sudah pasti segera dan tepat pada masanya. Jadi bila semua perkara jadi segera, kita pun dok pikiaq segera la...
"haihh... aku dah sent ni, dia konpem dah baca ni.... awat dia tak balas SMS ceq... kecewa ni... Dia dok menggatai ngan awek lain ka...? Tak boleh jadi ni..." Pastu mula la nak hantar SMS bertubi-tubi dengan pelbagai persoalan, dan tuduhan. Mentang-mentanglah segera kan?

Begitu jugak ngan Facebook. Nama simple kemain, tapi korang tak rasa ke macam diri korang kena brainwash? Rata-rata yang bercinta, sikit-sikit bergaduh....
"awat tak approve friend request ceq?"
"Awat unfriend ceq, tamau kawan dah ka?"
"hang tak nak in a relationship ka ngan aku? aku mintak putuih la mcm ni..."
"sikit-sikit like awek tu.... hang pi la cinta ngan dia plak.."

Haa... kalau dapat pasangan yang memahami takpe gak, mau dapat dua-dua yang keras kepala, hancur hancur... Korang tak nampak ka apa teknologi dah buat pada kita?

Yela, aku tau, aku macam oldskul gila la nak bersurat bagai... tapi tu cara aku overcome ketidaksabaran aku. Itu cara aku membendung nafsu aku. Okey apa? Orang dulu-dulu kekal bahagia ja... kita pun boleh...

Kepercayaan memang penting dalam perhubungan. Tapi satu lagi perkara penting yang hampa budak lelaki semua tak tau... iaitu "keyakinan dan keperihatinan".

Memang, perempuan ni percaya kat hampa, kalau tidak, mereka takkan setia bagai nak rak di sisi hampa, tapi kesian la weh. Perempuan pun ada perasaan. Mentang-mentang depa setia, gaduh sikit pun depa boleh terima hampa balik, boleh maafkan mereka, hampa buat depa macam tu. Hampa tau dak, tindakan hampa tu boleh menyebabkan mereka rosak mental untuk jangka masa yang panjang?

Memang diorang percaya hampa, tapi hampa pun kena la bagi keyakinan dan perihatin ngan depa. Apa salahnya konfemkan semua perkara bila diorang minta dikonfemkan? Jaga hati depa, perasaan mereka, kerisauan mereka, dan persoalan-persoalan yang terbit dalam hati mereka, agar mereka tak resah dan bimbang sentiasa. Hampa yang ada ibu tu. Hampa tak heran ka kenapa ibu hampa selama ni tanya kenapa hampa pergi, ngan siapa, balik kui berapa? Mestilah sebab risau. Begitu jugak ngan awek, tunang, bini hampa. Kena la layan mereka sebaik-baiknya sepertimana hampa layan ibu hampa.

Tak tau nak buat ayat apa?
"jangan risau la sayang, b tak apa-apa..."
"ye....saya sorang ja pi makan, ngan dua orang kawan lelaki... sayang sorang bertakhta di hati"

Itu pun nak ajaq ka?

K, pi pujuk pat.. sat lagi ada yang melepas kang...