25.9.12

Patah hilang, tumbuh berganti.

Betul ke pepatah tu? Aku pakai hentam je =.="
erm... macam mudah je nak ganti2 apa yang dah hilang kan? Kalau barang memangla senang nak ganti kalau hilang, sebab kat market belambak. Tapi kalau soal perasaan? Hmm... susah kot.

Hubungan takkan ke mana kalau hanya bertepuk sebelah tangan kan?

Hubungan berteraskan simpati semata-mata takkan ke mana. Ye. Simpati. Bukan sayang atau cinta.

Kenapa begitu senang menjadi tawar hati? Entahlah.

Ada orang cakap kat aku.

Bukan kau yang sepatutnya menangis. "Kau tak rugi apa-apa...dia yang rugi, sebab melepaskan seseorang yang sangat sangat sayangkan dia dan mungkin dia takkan bertemu lagi seseorang macam kau lagi."

Memang. Takkan ada orang yang serupa dengan aku. Mungkin muka sama, tapi hati lain-lain.

Biarkanlah dia kejar orang yang dia suka. Lelaki lain. Ada tanggungjawab yang besar lepas kahwin. Jadi lelaki kena la sayang isteri dia benar-benar barulah dia boleh melaksanakan tanggungjawab dia dengan baik. Manakala perempuan pula tak ada hak nak pilih seseorang yang dia sayang. Cukuplah kahwin dengan orang yang menyayangi diri dia. Baru la best... Semua benda suami dia yang buat. Dia goyang kaki je.

Hahahaha...falsafah apa yang korang pakai ni? Mengarut nak mampus! Kau nak tau pendapat aku?

Kahwin ni bukan berdasarkan kasih sayang yang berat sebelah hanya untuk bertanggungjawab semata-mata.
Tetapi ia sebenarnya memikul tanggungjawab dan memupuk nilai kasih bersama-sama.

Suami apa kau ni kalau buat semua utk isteriii je, pastu biar isteri buat sesuke hati?
Isteri apa kau ni kalau biar suami je tanggung beban sorang-sorang?

Sebab tu kalau nak kahwin, dua-dua kena ada 1. kasih sayang dan 2. tanggungjawab.

Ada orang cakap kat aku, pas kahwin leh belajar untuk sayang suami. Cinta lepas kahwin kan indah.

Aku kata, itu untuk orang yang tak pernah bercinta. Orang macam aku ni, dah terlajak perahu boleh diundur, terlajak bercinta takkan ke mana. Hati aku tertanam weh. Korang takkan faham, sebab selagi korang belum jadi macam aku, korang memang takkan faham sampai bila-bila. Fullstop.

Baru-baru ni ada sorang lelaki ni plak ngah pancing aku. Nama dah nak dekat sama. Idham namanya. Muka pun lebih kurang. Apa dugaan kali ni? Adehh... Kadang kala memang la, rasa macam nak orang sayang kita macam dulu-dulu. Tapi aku dah serik la. Serius aku dah serik. Hmm... tapi tak mustahil aku akan terima si Idham ni jugak kalau dia still setia contact aku kan. Kita tak boleh nak agak.

Batu pun boleh berlubang jika dititis air setiap hari, apatah lagi hati manusia.



Jodoh kan rahsia Allah.

Biarlah aku go-with -the-flow. Aku takkan cuba untuk terima dia. Sebab aku tak nak terima dia atas dasar kesian. Biarlah kat dia. Kalau dia terkejar2 aku dan sanggup tunggu di sisi aku, mungkin aku akan terima lamaran dia suatu hari nanti. Kan?

Sekali lagi aku ulang. Jodoh kan rahsia Allah. Bila dia datang, dia akan datang jugak. Dan takkan wujud ayat-ayat seperti:

"Ready kah aku?"
"Aku malaslah"
"Aku takutlah..."
Sebab bila masa dah tiba, yang kita tau, kita dah kahwin...tup tup malam pertama. Tup tup uueeweeekkk... bunyi baby, tup tup dah 10 anak aku dah. Banyak betul.

Dan tup tup kalau aku jumpa Ikram di tepi jalan masa tu, mungkin aku akan sebak sebab jumpa cinta pertama aku semula, mungkin aku akan riak sebab mengenangkan 10 anak aku tu, mungkin akan rasa bersyukur sebab ada suami di sisi. Tapi semua tu pun aku tak pasti, sebab apa yang lebih pasti....

AJAL itu pasti.
dan ajal akan datang bila-bila masa sahaja.
Mungkin selepas kahwin, mungkin selepas 10 anak aku lahir, mungkin selepas aku jumpa Ikram lagi.
Mungkin juga sebelum kahwin.
Dan mungkin juga sebelum aku dapat kerja.
Dan mungkin juga sebelum aku habis belajar.
Dan mungkin esok.