12.9.12

Dari rumah ke kolej.

Cuti dah habis. Kuliah dah start. Huhu... sekejap je rasa. Entah-entah tup-tup tengok dah praktikal. Huhu... takut plak rasa. Gerun je bila sembang pasal tesis dengan kawan. Tesis individu plak tu. Gerun gerun...

Cuti dah habis?? Macam tak caya je dah start kuliah untuk 3 hari ni. Recall balik. Apa yang aku ingat?
Oh... Aku ingat pasal ni.


Kalau tak silap aku, aku dah buang dah benda alah kat ujung pen ni. Tapi macam mana entah boleh ada balik. Rajin betul siapa terjumpa benda kecik tu dan pasang balik =.=" seyes aku kagum.

Pastu yang tak boleh blah aku paling ingat katil kesayangan aku menjadi teman aku tidur selama cuti 2 bulan aku duduk rumah. Haa... inilah rupa katil orang bujang okey, kalau korang nak tau. Selalu single bed, tapi dapat kat aku double. Macam pelik je kalau tidur tengah. Hahaha... Aku pun tak tau kenapa aku tak suka conquer katil ni. Seyes, kalau aku tidur memalam, mesti ada space kat tepi aku. Hahahaha... Aku pun tak tau kenapa. :P Tak lama lagi kot. LOL! JK JK.


Dan sebelum balik kolej aku sempat beli bumper dari Zint. Wah!! Tak sentuh lagi. Aku malas nak bawa balik kolej. Nanti ramai plak nak pinjam. Ronyok nanti T.T


Tebal nak mampus... Warhh... jadikan ini sebagai pendorong aku untuk habis sem. Leh aku balik khatam benda ni. Tak nak baca awal-awal...Tak feel larh nanti... 

Ehem ehem.. gambar kat bawah ni pun aku teringat jugak. Gambar last aku ambil sebelum mai kolej. Hm..Entahlah. Gaduh hari tu aku simpan terus dompet ni. Tak guna dah. Tapi hari tu godek-godek barang dan terjumpa plak. Tak tau napa sebak tengok hari tu. Haha.. sebab dah lama tak tengok kot. Teringat macam-macam sal dia. Biasalah, kalau orang yang kita dah lama kenal kan. Memang jadi macam tu. Huhu.. Tak taulah apa nak jadi ngan kami ni. Haha... Kadang2 rasa nak give up je. Entahlah. lol.


Kadang kala cinta itu ada, kerana kamu ada. Tapi cinta itu juga mudah hilang, sejurus hilangnya kamu.

Weh! Korang nak tau tak, 9/9 aritu aku dapat topup RM5. Hahhaa. entah siapa ntah topupkan. Terima kasih ya. :D


Seyes weh, aku rindu naik basikal macam kat kolej di Taiping dulu, jadi aku pun beli basikal oren comei ni! Aku panggil dia Mek Molly. Hehe.. Haikal jeles. :P Anyway, aku beli basikal ni pun bersebab jugak. Aku tak nak la tetiba ada surat saman kat Haikal semata-mata kerana peraturan baru untuk berkupon. Haha... ngarut! Malas tul aku nak beli kupon tiap-tiap hari. Ada Mek Molly ni boleh siap masuk kawasan kampus lagi. Yahoo!! Exercise lagi kan? :D



Haikal dah mula pandang aku sebelah mata je. Hahhaaha... Dia dengki kadang-kadang dia tutup siaran modulater aku. Sengal tul Haikal. Tiap2 kali dengki mesti keluar lagu cina. =.="


Baru nak seronok ada ceramah motivasi ni. Siap tangkap gambar lagi sebelum lif terbuka, tapi tengok-tengok masa dan tarikh, adoi! Ada kelas pulak time tu. Ruginya T.T sdeh.. huhu...takleh nak attend. Tak apalah bukan selalu kan. Baru first week. Mesti banyak program lagi lepas ni. Hopes so :(

Lebih baik aku sibukkan diri aku kalau aku tak nak sedih-sedih kan. Ni semua untuk masa depan aku. Yep. Aku tak bolehlah nak harapkan orang lain untuk beri semangat pada diri aku, sebab AKUlah yang patut beri semangat pada diri aku. Ayie la yang selalu bagi semangat kat aku :) Hm... Aku terfikir, kalau cinta tak hadir pada masa sekarang, mungkin kerana kita masing-masing belum bersedia lagi.

InsyaAllah... when the time comes, it will come. :)
Korang nak tau tak....aku rasa, ada this guy kat kampus aku dah mula nak rapatkan diri dengan aku. Hahhaa.. aku tak naklah perasan ke apa, tapi aku rasa dia suka aku lah. LOL. janganlah aku cair lagi ngan lelaki. Tolonglah. Aku dah malas la nak bermain dengan perasaan ni. Malas nk butthurt.
k la. slm.