2.7.12

Rotiboi VS Protonboi

Lepas aku dapat tau yang si 'dia' curang ngan aku, aku macam sedih gila la. Seboleh-bolehnya aku nak cari sebanyak mana kawan untuk hilangkan kesedihan aku. Kebetulan dua hari lepas aku berkenalan dengan seorang mamat ni. Dia kerja sementara kat Rotiboy Tesco sini. Aku baru kenal dengan dia baru berapa minit kot. Tapi rasa sangat selesa dan happy sangat dengannya. HAPPY sangat. Aku rasa macam jatuh cinta lagi. Haha. Berbunga-bunga hati aku. Keesokan harinya aku pun ambil keputusan untuk usya dia kat Rotiboy ngan ditemankan kawan aku Foey.

Teruja sangat bila ternampak backside dia. Entah apa-apa je! Haha... Berapa kali sebenarnya kami ulang alik nak cari pejabat nak mohon kerja Tesco. Tapi tak jumpa. Jadi dapat la berapa kali aku usya dia. Eh jap, baru terfikir something. Macam mana kalau ada camera situ yang diorang usya tiap-tiap malam? Arh gila malu kalau nampak aku usya-usya dia.. siot je. Anyway, berbalik pada cerita ni. Dua hari lepas masa aku kenal dia, masa tu malam. Kitorang bual sampai kul 1 pg lebih. Dia pesan, esok dia kerja sampai kul 11. Kul 11.30 dia suruh aku online. Tapi yang sedihnya, aku tunggu la, tapi batang hidung dia pun tak nampak. Sekali lagi rasa agak kecewa. Betul la kan, bila sekali dikecewakan, rasa macam semua orang akan kecewakan kita.

Ni DP fesbuk aku sekarang ni. Haha...

Aku terus offline. Masa tu dah kul 12. Mata aku pun dah ngantuk. Penat gak, seharian jalan-jalan ngan member. Aku putus asa. Malas nak tau dah sal dia. Entah macam mana aku ada kudrat untuk mesej ex yang baru tinggalkan aku tu. Tapi aku mesej jela. Tak harapkan pun balasan, sebab selalunya malam-malam camni, dia akan tidur mati tak sedar apa, sebab kena kerja esok pagi kat Proton. Aku rindu dia sebenarnya, tapi aku cakap benda lain. Haha. Aku cakap aku kecewa dengan apa dia buat kat aku. Yela, mana pernah aku menduakan dia. Yang sedihnya, aku tak boleh nak buat diri aku benci dia. Aku tetap sayangkan dia.

Lepas dah tertidur tiba-tiba katil aku bergegar sikit. Gegaran daripada enset aku. Lupa pula aku pasang silent mode. Dia balas mesej aku. Dup dap hati aku nak buka untuk baca mesej dia. 

Sepanjang perbualan singkat ngan dia, dia banyak kali ulang suruh aku habis belajar dulu. Dan dia cakap dia diam bersebab. Tapi dia sendiri tak nak gitau sebabnya. Tiba-tiba aku macam berangan sekejap yang ada orang nak cederakan aku, sebab tu dia diam. Haha... Fantasi betul. Kalau betul memang terharu gile babeng la. :D Tapi bila fikir balik, memang salah aku. Asik paksa dia untuk kawin, padahal dia belum mampu lagi nak sara aku. Kesian dia, mesti dia rasa susah hati sangat dengan aku. Dia sayang aku, tapi dia tak mampu nak buat apa-apa. Huuu...sedih plak. Baru aku sedar yang akulah punca dia jadi macam ni. Tapi tetap dia bagi peluang kat aku. 4 kali dia ulang. Belajar habis dulu, dah kerja nanti kita bincang balik tentang perkara ni.

Dalam fikiran aku agak celaru. Ya lah, aku kan lurus orang nya. So aku fikir, "apa yang nak dibincangkan lagi, dia dah ada awek lain...mestilah tu keputusan dia kan?"

Jadi aku pun cakap yang aku akan undur diri dari hidup dia, dengan niat aku akan belajar dulu baru fikir sal semua ni, seperti saranan dia.

Dan mesej terakhir dia hantar memang menusuk kalbu. Menitis air mata sehingga tertidur. Aku pun tak tau apa yang sedihnya tentang mesej dia. Dia cakap,

"Kalau Allah dah tuliskan kita jodoh, pergi la jauh mana pun, carilah banyak mana pun lelaki atau perempuan. Kita tetap akan bersama nanti. Ok. Dah Ikram tak nak Amni pikir hal ni lagi. Fokus pada study Amni k.."

Malam itu, ternyata, Allah memberikan ruang pada aku dengan dia. Sebab tu aku tak ketemu Rotiboi seperti yang dijanjikan. :)

Sungguh perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. 
InsyaAllah, aku akan cuba sebaik mungkin untuk persiapkan diri aku untuk segala kemungkinan. Aku nak jadi Ayie yang dulu. Yang sentiasa berani ambil risiko, yang tak takut cabaran, yang happy go lucky, dan sentiasa melangkah untuk yang terbaik. Aku akan cuba. Ya Allah, berikan aku kekuatan.

#Jangan kita salahkan diri sendiri, orang lain atau keadaan. Kerana segala kudrat, dan ilham itu jua daripada Allah. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Just go with the flow.