7.3.12

why does it hurt so much?

sgt sukar untuk luahkan perasaan sy pada ketika ini.
sy rasa seperti kehilangan yang teramat sangat.
tp nak buat macam mana.
takkan sy nk paksa awk trus utk syg sy, pdhl perasaan awk bukan syg sy mcm yg sepatutnya awk syg sy kn?
sy tringat kat kata-kata awak hari tu.
"kdg2 sy syg awk, tp kdg2 awak ni macam membe sy je"
:(
hancur hati sy awk, bila awk ckp mcm tu. tp dlm diri sy ada sedikit harapan yang awk boleh berikan syg itu sepenuhnya satu hari nanti. Jadi sy sabar menanti.
saya tahu. Dulu masa mula-mula kita kenal pun, awk ngorat saya atas desakan kawan kn?
siapalah sy, jika nak dibandingkan dengan gadis di luar sana yang mampu buatkan awak toleh dua kali untuk melihat mereka. sy tak lawa. berwajah biasa sahaja. Siapa sangka dapat bercinta dengan awak yang boleh dikatakan agak segak. Kalau awak lalu, pasti akan ada gadis yang berbisik, minat tengok awak. Saya dulu macam tu juga, tapi sy tak luahkan pun pada siapa-siapa. Saya suka awak dalam diam.
tak sangka awak boleh minta kita jadi lebih dari sekadar kawan sahaja.
Bermulanya saat itu, mungkin awak tak tahu, tapi bermulanya saat saya terima awak jadi kawan istimewa, saya dah jauh meletakkan orang-orang pada zaman silam saya jauh ke belakang. Saya belajar untuk menghargai awak sebagai teman saya sekarang, dan insyaAllah kalau ada jodoh, pasangan dunia akhirat saya.

dah dua tahun kita kenal awak. tapi apa yang dah jadi?
dulu awk selalu cakap, awk takut saya akan tinggalkan awak, sebab dulu ex awk tinggalkan awak pada waktu yang awk masih sayangkan dia.
tapi awk tak tahu, sy lagi takut yg awak akan tinggalkan sy. sbb smpai skrg, mmg sy rasa tak setanding untuk jadi pasangan awk kerana rupa paras kita yang jauh berbeza strata.

Ingat tak, waktu sy pernah tanya tentang kelemahan sy yg awk nmpk?
awak cakap mcm2...ada la dua tiga perkara. awak tanyakan sy semula tentang kelemahan awk yg saya nampak. yang peliknya waktu tu, sy hanya mampu berkata yg awk ni kuat marah sahaja. dan seolah awk tiada kelemahan lain. sebabnya awk nak  tahu tak, awak terlalu sempurna di mata saya. dan walaupun awk selalu marah sy dan buatkan sy nangis, sy nangis bukan sebab awk mrh. tapi sebab sy rasa sy terlalu lemah, dan tak cukup layak untuk jadi teman istimewa awk. Sy selalu salahkan diri saya bila kita gaduh. sy tak pernah nak salahkan awk.

dulu awk selalu datang minta maaf kalau kita gaduh. dan bila awk buat mcm tu, sy tahu awk sayang sy. tapi sekarang, awk macam tak kisah kalau saya pergi. pada mulanya, sy mmg sedih sangat tapi sy tetap nak usaha gak untuk kekalkan hubungan kita, sy pujuk awk balik. rupanya awk merajuk lagi teruk dari saya. susah tul nak pujuk awk, tapi bila sy dapat pujuk awk, sy happy, sebab dapat selamatkan hubungan kita. Dulu masa kita gaduh, sy suka undurkan diri kerana rasa tak ada harapan, tapi awk selalu cakap, kalau kita sayang orang tu, kita akan fight untuk mempertahankan cinta tu. dan awk selalu bagi contoh ex awk dulu yg bersikap sedemikian. sedih sy bila awk ckp kelebihan ex awk yg sy tak ada, tapi itu yg buatkan sy cuba berubah untuk tambat hati awk. tapi kelemahan sy terlalu banyak. sy sendiri terasa tak ada harapan.

tambah lagi sekarang awk seperti tak pedulikan hubungan kita. bila soal kawin, awk mengelak, awk tak setuju dengan alasan kerja yang belum stabil. tapi bila awk buat camtu, sy rasa macam awk tak serius tentang kita. mungkin terlalu awal untuk fikirkan soal tu. dan mungkin jodoh kita blum smpai masa lagi, dan mungkin juga awk bukan jodoh sy. :(

kita tak boleh paksa seseorang utk syg kita jika dia bukan milik kita.

dan kata-kata terakhir awk pada saya, mengiyakan bahawa awk memang tak sayangkan sy.

kalau sy salah, tolonglah betulkan sy... sy cuma nak tau jika awk syg sy, tu je :(
kalau tak, mungkin perlu ambil masa yang lama utk pulihkan hati saya.
betul kata orang, "jangan beri sayang yg byk, sebab kalau putus di tgh jalan, hati kita pasti akan mati"
tapi saya tak pernah nak dengarkan kata-kata tu. sebab sy percayakan lebih pada kata-kata hati saya.

mungkin sy tak layak bermimpi.