14.3.12

Dear awak yang saya sayang

Terima kasih sebab sudi kawan ngan saya selama ni. ye. kawan istimewa lah. haha.
aritu kita gaduh. Saya kata awak tak serius pasal kita dan awak cakap macam mana awak tak serius kalau saya tak serius pasal kesihatan saya. sy ckp kt awk "dulu dan sekarang lain". Yela, sy cakap mcm tu, sebab sy rasa diri sy lebih kuat sekarang sejak kejadian hari tu. Saya dah beringat. Yela, saya kan cepat lupa pasal makan. Tapi sekarang dah lain. Betul la kata orang, masalah itu diturunkan pada kita hanyalah untuk mematangkan kita dan supaya kita lebih berhati-hati.

Tapi tiba-tiba awak cakap, "kalau macam tu, sy pun sama la. Dulu sayang. Sekarang tak"
Sentap sy. Dengan mudah awk lemparkan sayang sy selama ni.

dan baru-baru ni penyakit lama saya datang balik. iaitu saya suka memaksa orang beri perhatian pada saya sampai orang tu bosan, rimas dan muak dengan saya. Sebelum-sebelum ni dah ada dah lelaki-lelaki yang menghadapi situasi tu dengan saya. Awak tanyalah mereka. Ye, mereka rasa saya membosankan.

Tapi awk tau ke kenapa saya macam tu? Entahla. saya pun tak tau kenapa saya macam tu.
tapi saya sedar, saya jadi macam tu bila saya dah terlalu sayangkan orang tu. saya akan jadi naggy, pushy dan sangat mengada-ngada. Saya cuma nak perhatian je, yela, dah dia je tempat saya mengadu, tempat saya berceloteh. Tapi akhirnya saya cuma membuat mereka, dan sekarang termasuk awak rasa meluat dengan perangai saya. Mungkin bagus jugak awak rasa perangai saya awal-awal. Jadi awak tak adalah nak menyesal kalau kahwin dengan saya. Yela, kalau kahwin nanti tiap-tiap hari tengok muka saya. Mesti bosan kan.

Saya mesej awak tadi. Tu yang awak cakap, "rimas". Yela, mana taknya saya hantar mesej banyak-banyak. Awak tak reply pun, saya risau jugak. Kot-kot jadi apa-apa kat awak ke. Pastu awak cakap, awak sebenarnya pergi interview tadi. Kedengaran cam peluang besar untuk awak. Saya happy untuk awak dan masa tu terus terdetik doa kecil kepada Allah untuk membuka rezeki awak lagi dan supaya awak dipanggil kerja dengan mereka.

Takpela, mungkin ni peluang awak untuk berjaya dalam hidup awk. Jadi saya bagi ruang untuk awak kejarkan impian-impian awak. saya minta maaf untuk semua yang saya cakap selama ni yang mengguriskan hati awak (dah byk kali maaf, tapi sy mmg maksudkannya).

Tadi awak tanyakan apa cita-cita saya. saya bg jawapan. hanya awak sahaja yang tahu. sebab saya takkan gitau siapa-siapa pasal cita-cita sebenar saya. sebab kalau orang lain tau, mereka sure gelakkan saya. sebab tu bila kita gaduh, sy sedih. sebab sy tahu, tak mungkin saya dapat capai cita-cita sy jika tak adanya awak di sisi sy.

Jadi sy dengan ini mengundurkan diri. sy tak mampu lagi nak bersedih untuk awak, dan awak pun pasti tak nak dengarkn daripada sy lg. lepas ni sy malas fikirkan sal cinta. Punyela besar perasaan yang awak bagi kat sy sehingga sy tak nampak orang lain. Itu pun awak tak nampak. sy patah hati awk. lpas ni sy nak tumpu pada keluarga sy. Kalau tak dapat capai cita-cita saya pun, sekurang-kurangnya sy dapat capai cita-cita kedua saya, iaitu membantu adik-adik saya untuk berjaya dalam hidup.

Mungkin dengan pengunduran saya sekarang, mungkin, mungkin awak akan cari saya. Entahlah. saya tak yakin. Mungkin cinta awak terhadap saya dah mati. Tak apalah, saya redha. Allah lebih mengetahui. Harapan saya, saya harap dapat lihat awk sekali lagi, di pintu syurga saya tunggu awak.

#sy tak tau knp bila sy bygkn awk depan mata, pasti air mata ni bergenang sbb happy sgt.