31.12.11

Cinta yang tak Pernah Berbalas

Dalam hidup aku, dah banyak kali aku bercinta, couple dan cerai. Tapi yang tak boleh blah, cinta yang tak pernah berbalas, kerana ikatan Persahabatan. Hahaha... Aku rindu perasaan tu weh. Rindu masa aku angau dan sayang gila kat mamat nama Mirul. =D Bodos, mmg abis ar kalau dia baca entry ni. Hahahaha..

Tapi semua tu takkan berulang, sebab perasaan aku dah berpindah pada lelaki lain yang akhirnya balas cinta aku!! Yahooo....dan yang paling kelakar, dia yang start dulu. Hahahaha... 1st time dalam sejarah hidup aku lelaki datang melamar aku. Sebab selalunya aku yang menggatal dulu. Bahahaha! (pengumumuan eksklusif u)

Tapi seyes teringat masa aku angau ngan Mirul dulu. Perasaan tu berbeza gila dengan sekarang. Aku rasa dunia aku macam indah je. Rasa happy go lucky, walaupun dia x cakap dia sayang aku ke apa, aku tak kisah, sebab aku macam 'prasan diri' dan anggap dia suka aku. Dan feeling apabila seorang lelaki tidak memberitahu perasaanya terhadap kita, tetapi pada masa yang sama bagi signal positif , amat menterujakan aku. Serius aku cakap! Geli hati aku!

Dulu aku ceria sgt, periang sgt... Pakai baju apa-apapun tak kisah, bantai!! Tapi bila aku tengok balik fesyen aku yang dulu dan bandingkan dengan sekarang, walaupun dalam keadaan 'bantai' tu , tetap cun dan outgoing kot! lagi segak daripada aku sekarang, dan nampak konfiden sangat. Mana pergi erk konfiden aku? Mana pergi self-esteem aku yang sangat2 tinggi tu??

Seperti separuh jiwa aku dah dissappear! Aku kehilangan diri aku sejak bila entah. Dulu aku rajin layan diri sendiri, tapi sekarang seolah aku terlalu bergantung pada yang tak mati.

Haih....perkara tu masih membingungkan aku.