Mentari pagi bersinar indah. Tak dapatku lihat, kerana seperti biasa... masihku lena di katilku. Lewat malam tidakku tidur. Awal pagi, tidakku bangun. Mengharapkan mimpi untuk terus berjalan, mengharapkanku tidak terjaga. Tiada semangat aku untuk menghadapi hidup, realiti sebenar yang mengecewakan. Rugi, rugi tak dapat lihat mentari pagi mengisi ruang langit dengan megahnya.
Sepanjang hari duduk di rumah. Tidakku jenguk luar. Mentari masih menunggu di luar, sinarannya ikhlas memancar, namun tidak sekaliku terpandang ia. Langsung tiada usaha hendak mengintai di jendelaku. Seperti hilang separuh kepercayaanku.
Kini, mentari beransur pergi. Mentari senja perlahan menghilangkan diri. dan aku. dan aku masih terperuk di dalam rumah. Tidak mahu melambai ia pergi. Tidak mahu lihat ia buat kali terakhir.
Dan tika malam menjelma, baru rasa ku sesal. Kenapa mentari pergi...kenapa :'(
Padahal aku yang membiarkan ia pergi, tanpa menghargainya tika ia hadir.
Tika semangat kita hilang, kita sering lupakan mentari yang sentiasa berada di sisi kita, menunggu hadirnya kita. Tapi bila ia menghilang, barulah kita tercari-cari ia di sebalik bayangan malam. Hargailah orang yang sayangkan kita selagi dia ada, sebelum ia melangkah pergi. Kerana jika ia pergi, tiada peluang lagi untuk dia kembali.
Cinta manusia datang dan pergi, tapi cinta ilahi kekal abadi <3