31.7.13

Time

Kenapa aku perlu gopoh untuk menarik semua kejadian pada masa hadapanku kepada masa sekarang? Bila difikirkan balik, mampukah aku untuk menghadapi semuanya? Aku geleng kepala. Jelas. Aku masih belum bersedia. Tapi aku degil, aku mahukannya teramat sangat. Untuk apa? Hanyalah secebis kasih untuk mengisi kekosongan dalam jiwaku. Sampai bila? Berbaloikah aku menunggunya selama itu?

Mula sangsi terhadap kemampuan diri sendiri.
Masih jauh perjalananku, tapi aku tak sabar! Tak pernah nak sabar!

Terduduk.

Tak pernah merasa cukup. Tak malukah aku dengan diri sendiri?
Dahlah tamak haloba, jijik ... huh!

Ajal. Bila-bila masa sahaja ia boleh datang. Ketika itu, mampukah aku tinggalkan semuanya ke belakang?
Tika itu, tiada lagi saat manis yang aku dambakan selama ini. Hanya tinggal amalan yang akanku bawa ke 'sana' nanti. Tika itu, ada nilaikah lagi "saat" yang aku nantikan tu? Tidak. Takkan pernah wujud saat itu. Saat itu menjadi suatu yang dilupakan serta merta. Semuanya akanku tinggalkan ke belakang. Takkan pernah kembali lagi.

Masa telah terhenti.