Entri ni aku ulas ringkas je. Sebab internet tengah slow. So before blackout, aku nak post buat perkongsian korang. Ni khas buat orang yang sebelum ni pernah tinggal solat dan tak tau berapa banyak dia dah tinggal.
Jadual ni aku reka untuk setahun. Terserah pada korang nak anggar/buat berapa banyak qada.
Boleh klik link di bawah untuk download word document tersebut.
https://docs.google.com/file/d/0B8OxoLpxh6JLQUFZTW9RbnFzamc/edit?usp=sharing
Senang, bila dah buat qada baru, update je terus kat komputer. Tak payah print dan conteng-conteng, payah!
Cara nak edit begini:
Jika dah selesai qada subuh sekali, tulis no 1 di ruang pertama bawah 'subuh'. Apabila menambahkan qada subuh, maka nombor yang diedit pun akan bertambah, daripada 1 kepada 2, 2 kepada 3 dan seterusnya, bila sudah selesai 7 hari (seminggu) maka boleh letak tick di situ. Jika semua kotak ini sudah terisi dengan tick, maka sudah setahun awak qada.
Walaupun begitu, 4minggu X 7 hari = 28 hari. Sebulan ada 31/30 hari kan? Hanya February sahaja yang ada 28/29 hari. Maka anda boleh menambahkan kotak sendiri di situ jika mahu lebih tepat lagi. :) Kerana ini cuma anggaran sahaja, saya buat sepintas lalu.
Bukan nak galakkan orang untuk tinggal solat. Perkara ini perkara yang serius, ini hanyalah untuk membantu mereka yang dah sedar, dan menyesal dan dah taubat tak nak tinggal solat lagi. Semua orang pernah buat silap, yang penting kita sedar dan kembali ke pangkal jalan. Pintu taubat sentiasa terbuka. Tapi jangan lambatkan taubat, kita tidak tahu bila kita akan mati.
Di bawah ni terdapat beberapa sumber yang saya petik yang mengatakan perlu selesaikan solat qada terlebih dahulu sebelum menjalankan solat sunat selain solat sunat taubat, hajat dan hari raya.