25.6.13

Facebook Games

Seriously, aku tak suka main games kat Facebook dan teramatlah annoying bila ada orang akan send game request kat aku. Wadehel?! Tapi sekali kalau aku terjebak dalam game... gile. There's no turning back. Kemungkinan besar aku boleh tak tidur nak habiskan level yang ada, sampai aku puas hati.

Selalu kalau aku addicted main game, mesti sebab aku mula sahaja nak try test la konon.

Macam game Candy Crush Saga tu. Aku saja install app game tu. Try test, pastu kebaboom! Addicted terus. Selagi tak lepas level tu, selagi tu akan akan cuba sampai dapat. Still stuck on level 65, dan berderet orang yang masih stuck level tu. HAHAHA.

Sekarang aku terjebak dalam game Farm Heroes Saga. Ia bermula dengan satu ayat memujuk dari mama aku. "kakak, tolong maen game ni jap, mama nak minta kakak tolong bagi kunci untuk level seterusnya"



Okla. Mama cuma nak kunci teruskan level je kan. Maen la kejap. Aku bukannya kerja lagi. Belum mampu nak membalas jasa ibubapaku dengan pemberian wang ringgit hasil duit gaji aku, jadi kalau perkara ni boleh buat mama aku hepi, no hal la.

Mula-mula maenlah level 1. okeh pass. Lepas level 1, level 2 pulak.
Lepas level 2, level 3, pastu level 4, lepas tu...

Aduii...addicted dah.

Yang aku tak puas hati, game ni GUI dia cam untuk kanak-kanak tadika, tapi giler susah. Move terhad. Heran aku camne orang lain, termasuk mama aku boleh score point tinggi. Gila psycho game ni. @.@

Sekarang stuck level 16. Dah 3 hari stuck level ni.

Tadi aku maen level 16, lulus akhirnya. Masuk level 17 loading lambat gila. Aku refresh browser aku. Internet rumah slow. Bila dah bukak balik, hampir terjatuh dari kerusi tengok aku masih kat level 16.

=.=" oh well.